JIKA ada pelajaran yang boleh diambil daripada serangan maut pengganas di dua masjid di New Zealand, adalah perlunya negara mengawasi semua ekstremis, luar dan dalam negara, kata James Masing.
Timbalan ketua menteri Sarawak itu berkata susulan serangan keganasan di Christchurch, yang membunuh 49 orang, menyifatkan perkhidmatan keselamatan dan perisikan New Zealand “jelas ditenggelami oleh kepercayaan bahawa ketuanan bangsa kulit putih (white supremacist) tidak ganas”, merujuk kepada laporan diketahui seorang “white supremacist” Australia memasuki negara untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai.
“Oleh itu tiada seorang pun daripada mereka dalam senarai pengawasan.”
Beliau berkata mungkin tumpuan pihak keselamatan dan perisikan New Zealand adalah terhadap pelampau Islam dan lupa ada pelampau daripada agama dan kaum lain.
“Prejusid terhadap agama atau bangsa boleh menghalang mereka daripada mengetahui bahaya lain di depan mereka.
“Ideologi white supremacist, seperti yang dijelaskan oleh beberapa pemimpin dunia, salah satunya ialah Donald Trump (presiden AS), adalah oksigen yang membolehkan kepercayaan ini hidup dan tersebar di dunia,” kata Masing.
Bagaimanapun, beliau berkata banyak negara yang dikawal bangsa kulit putih dibutakan oleh prasangka keagamaan dan perkauman untuk mengambil serius golongan “white supremacist”.
Masing berkata serangan Christchurch adalah peringatan agar waspada terhadap semua bentuk ekstremisme, termasuk sifat perkauman dan keagamaan.
“Untuk perisikan keselamatan berkesan, ia mesti tidak mengambil kira agama dan perkauman. Bahaya datang dari semua penjuru,” katanya. – 16 Mac, 2019.
Berita penuh di sini
Komen