BILANGAN penduduk Florida yang diarahkan berpindah sebagai langkah berjaga-jaga susulan taufan Irma yang semakin menghampiri mencecah 6.3 juta, kata pihak berkuasa pada Sabtu.
Ia merupakan peningkatan sebanyak 700,000 orang kepada mereka yang diarahkan berpindah sejak Jumaat dengan bilangan 5.6 juta yang dinyatakan sebelum ini.
Pihak pengurusan kecemasan negeri berkata “anggaran 6.3 juta penduduk Florida telah diarahkan berpindah.”
Negeri ini mempunyai populasi 20.6 juta, dan dengan ramalan ribut pada Kategori Empat bergerak ke utara Florida, Gabenor Rick Scott mengatakan semua penduduk perlu bersiap siaga untuk berpindah. – AFP, 10 September, 2017.
Komen