Tujuh terbunuh dalam serangan Boko Haram di Nigeria


Serangan kumpulan Boko Haram ke atas perkampungan memaksa penduduk melarikan diri ke kem perlindungan. – Gambar EPA, 9 September, 2017.

SEKURANG-kurangnya tujuh orang terbunuuh dalam serangan Boko Haram di kem penempatan pelarian yaang berdepan konflik di timur laut Nigeria, kata ahli kumpulan militan dan penduduk tempatan pada Sabtu.

Serangan yang tercetus pada petang Jumaat di Ngala, berdekatan sempadan Cameroon itu berlaku selepas dua orang terbunuh dalam letupan di luar sebuah lagi kem di ibu negeri Borno, Maiduguri.

Di Ngala, ahli kumpulan militan awam, Umar Kachalla berkata, pemberontak menaiki dua trak pikap menembak pelancar roket ke arah kem terbabit yang dihuni 80,000 orang.

“Mereka (Boko Haram) melepaskan tembakan RPG ke arah kem dari belakang pagar, menyebabkan tujuh orang mati dan beberapa orang lagi cedera,” katanya kepada AFP ketika ditemui di bandar Gamboru.

Serangan yang berlaku sekitar jam 8 malam itu diikuti dengan beberapa tembakan oleh pemberontak yang melarikan diri dalam kegelapan, tambahnya.

Penduduk Ngala Abubakar Yusuf, yang mengesahkan kenyataan Kachallla berkata, “Kematian biasanya minimum kerana ramai yang berehat pada wak tu malam.”

Kem di Ngala dibina pada Januari tahun lalu selepas ribuan pelarian Nigeria pulang dari Cameroon, yang mana mereka melarikan diri daripada pertempuran.

Boko Haram merampas hab perdagangan Gamboru dan Ngala pada Ogos 2014, ketika kumpulan terbabit merampas kawasan merentasi negeri Borno dan kawasan lebih luas di timur laut.

Tentera Nigeria meraampas kembali kedua-dua bandar itu pada September dengan bantuan pasukan Chadian.

Namun walaupun merampas kembali kawasan itu, pejuang Boko Haram masih melancarkan serangan mengejut dan serangan hendap ke atas tentera dan kenderaan dan juga menyerang dan menculik petani. – AFP, 9 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen