Kes buang racun, 18 sekolah kini ditutup di Johor


18 sekolah di Johor kini ditutup kerana pencemaran Sungai Kim Kim, Pasir Gudang. – Gambar Facebook, 13 Mac, 2019.

SEBANYAK lima buah sekolah lagi diarahkan ditutup di Pasir Gudang ekoran pembuangan sisa beracun yang menjejaskan penduduk sekitar kawasan Sungai Kim Kim di daerah itu.

Laporan The Star menyebut, lima lagi sekolah tersebut adalah SK Taman Scientex, SK Taman Mawar, SMK Nusa Damai, SMK Taman Rinting and SMK Taman Cendana.

Terdahulu, 13 buah sekolah diarahkan ditutup apabila lebih ramai pelajar dan orang awam menerima rawatan akibat kesan sisa beracun itu.

Seorang daripadanya, seorang pelajar 14 tahun menerima rawatan di unit rawatan rapi di Hospital Sultan Ismail.

Remaja itu merupakan pelajar sekolah di SMK Tanjung Puteri Resort yang diarahkan ditutup sejak semalam.

Sebanyak 12 lagi yang turut diarahkan ditutup termasuk SK Taman Pasir Putih, SMK Taman Pasir Putih, SK Pasir Putih, SK Tanjung Puteri Resort, SK Kota Masai 2 and SMK Kota Masai 2. 

Turut terjejas. SK Kota Masai 3, SMK Kota Masai, SK Kota Masai, SK Perigi Acheh, Sekolah Agama Kampung Pasir Putih and Sekolah Agama Taman Pasir Putih. – 13 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen