Pembaharuan institusi beri keyakinan kepada pelabur, kata peguam


Asila Jalil Ragananthini Vethasalam

Syed Naziq Shahabuddin berkata pelabur perlu rasa yakin yang hak mereka seperti harta intelek dan hartanah, dilindungi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 12 Mac, 2019.

PEMBAHARUAN institusi penting untuk menjadikan pelabur asing selesa menjalankan perniagaan di Malaysia, kata seorang peguam.

Syed Naziq Shahabuddin, rakan kongsi utama Naqiz & Partner dan pemilik Bud & Naq Holdings, berkata pelabur perlu rasa yakin yang hak mereka seperti harta intelek dan hartanah, dilindungi.

“Anda mesti tidak gentar laksana undang-undang dan beri jaminan kepada pelabur bahawa undang-undang sentiasa diguna pakai di Malaysia,” katanya pada forum di Institut Kepimpinan dan Strategi Asian (Asli), di Petaling Jaya hari ini.

“Pelabur perlu selesa dengan jaminan bahawa apabila mereka datang ke negara ini, hak mereka dilindungi dan tiada kebocoran sistem, tiada pegawai minta rasuah, dan kalau ada kes di bawa ke mahkamah, badan kehakiman kita bebas.”

Bagaimanapun, meskipun ada undang-undang, penguatkuasaan masih lemah, kata Syed Naziq.

Beliau berkata amalan birokrasi serta pelbagai prosedur untuk mendapatkan permit serta kelulusan boleh menjauhkan pelabur. Sebab itulah Malaysia melihat kepada cara yang lebih mudah untuk jalankan perniagaan, katanya.

Seorang ahli panel, Pengerusi Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Sulaiman Mahbob berkata Malaysia harus menghentikan dasar berasaskan kaum kepada golongan yang memerlukan, terutamanya apabila ia melibatkan kumpulan B40.

Itu, kata Syed Naziq, memerlukan kehendak politik (political will). – 12 Mac, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen