SEORANG ‘penembak aktif’ di sebuah sekolah menengah di Ohio hari ini ditangkap selepas polis menyerbu sekolah dalam masa beberapa minit selepas panggilan kecemasan dibuat.
Polis di Columbus menerima panggilan pertama dari Scioto High School pada jam 8.33 pagi waktu tempatan. Pegawai taktikal khas, SWAT menahan suspek 25 minit kemudian.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. Tidak dipastikan sama ada sebarang tembakan dilepaskan.
“Kami telah menahan suspek, pistolnya ada pada kami. Semua orang selamat,” kata jurucakap polis, Denise Alex-Bouzounis.
Menurut Denise, suspek disoal siasat di ibu pejabat polis tetapi tidak mendedahkan sebarang butiran mengenainya.
Berpuluh anggota polis dan kakitangan kecemasan bergegas ke tempat kejadian dan membawa semua pelajar keluar dari bangunan sekolah. – AFP, 8 September, 2017.
Komen