Pakatan lebih banyak buat kesalahan pilihan raya, kata SPR


Asila Jalil

Pengerusi Surahanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Harun berkata, beliau tidak mempertahankan PH tetapi kedudukan gabungan dalam kerajaan menyebabkan mereka lebih banyak melakukan kesilapan berbanding BN. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Mac, 2019.

PAKATAN Harapan (PH) melakukan lebih banyak kesalahan pilihan raya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih berbanding Barisan Nasional (BN) kerana terikat melakukan kesalahan yang tidak dapat dilakukan oleh pembangkang, kata Pengerusi Surahanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Harun.

Dalam temu bual dengan stesen radio BFM hari ini Azhar berkata, beliau tidak mempertahankan PH tetapi kedudukan gabungan dalam kerajaan menyebabkan mereka lebih banyak melakukan kesilapan berbanding BN.

“Sebagai kerajaan, terdapat kesilapan yang boleh dilakukan oleh mereka tetapi sebagai pembangkang mereka tidak boleh melakukan kesalahan seperti penyalahgunaan aset kerajaan, penyalahgunaan masa menteri dan kegiatan kerajaan untuk memberi umpan kepada pengundi.

“Ketiga-tiga kesalahan atau perlanggaran etika ini tidak boleh dilakukan oleh pembangkang,” katanya. – 11 Mac, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen