.jpg)
SEMALAM lebih dari 1,000 orang menyertai #WomensMarchMY, suatu perhimpunan aman anjuran rakyat Malaysi, sempena Hari Wanita Sedunia.
Tuntutan perhimpunan ini ialah pertama untuk menghentikan keganasan berdasrkan gender dan orientasi seksual; kedu, menghharamkan perkahwinan kanak-kanak, ketiga memastikan hak dan kebebasan untuk membuat pilihan terhadap tubuh dan diri sendiri, keempat bagi memastikan gaji minima RM1,800 dan kelima menghancurkan patriarki serta membina demokrasi di setiap lapisan masyarakat
Selepas perhimpunan, video dan imej menunjukkan sokongan buat komuniti LGBT telah tersebar atas talian.
Ini membawa kepada kecaman daripada pelbagai pihak termasuk menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa.
Menteri tersebut dilaporkan mengkritik sokongan tersebut sebagai suatu ‘pencabulan ruang demokrasi’.
Kami amat kecewa dengan reaksi negatif dari pihak kerajaan dan gabungan parti pemerintah - ini menimbulkan keraguan terhadap pemahaman pihak kerajaan tentang apa yang dimaksudkan dengan ruang demokratik dan komitmen kerajaan pada prinsip demokrasi itu sendiri.
Wacana masyarakat sivil ialah intipati sesebuah demokrasi. Dalam demokrasi yang matang, setiap individu (dan kumpulan-kumpulan individu) berhak menyatakan kepentingan mereka secara aman- diberi ruang bersuara tentanng polisi yang mendatangkan kesan pada mereka.
Ini salah satu sebab demokrasi mesti menjamin hak individu di bawah perlembagaan (demokrasi tidak hanya bersifat populis atau menyebelahi kumpulan majoriti sahaja).
Antara hak yang mesti dipertahankan ialah hak berhimpun secara aman dan hak berekspresi, dan dilayan secara saksama dari segi undang-undang.
Jika kita tidak mengangkat hak kumpulan berkepentingan - ke tahap di mana individu langsung terhalang dari menyuarakan kepentingan mereka - terhapuslah kredibiliti kita sebagai suatu demokrasi.
Kerajaan mesti memastikan ruang demokrasi untuk semua pihak.
Bukan hanya untuk mereka yang sudah pun menerima sokongan kerajaan atau yang dipersetujui golongan majoriti sahaja.
Komuniti berkepelbagaian dari segi orientasi seksual, identiti dan ekspresi gender - yang sering ditekan diskriminasi, keganasan, dan pelbagai cabaran dan kekejaman.
Turut sama teraniaya dan memerlukan pembelaan hak asasi ialah wanita pemandiri keganasan berasakan gender, wanita berlainan upaya, wanita pribumi, wanita berkerjaya, wanita yanng memerlukan mekudahan kesihatan yang lebih baik dan semua golongan wanita yang turut serta menyertai #WomensMarchMY.
Media turut melaporkan menteri tersebut berpendapat bahawa ia bergantung kepada kementerian dalam negeri untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak penganjur.
Turut dilaporkan pihak polis bakal merakam percakapan pihak penganjur tidak lama lagi.
Kami amat khuatir dan memandang serius langkah sebegini.
Kami menggesa kerajaan agar berhenti mengganggu aktivis hak asasi wanita dan peserta perhimpunan aman.
Sebaliknya, kami menggesa kerajaan menjamin hak semua rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman dan berekspresi serta menyatakan bagaimana kelima-lima tuntutan perhimpunan tersebut bakal dipenuhi.
Kami berdiri bersolidariti dengan penganjur dan peserta #WomensMarchMY bersama-sama dengan wanita sedunia yang menganjurkan acara serupa.
* Kumpulan Bertindak Bersama bagi Kesamarataan Gender (JAG), gabungan 12 badan hak wanita di Malaysia.
* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.
Komen