Bersih gesa Mat Hasan sertai debat 


Asila Jalil

Bersih 2.0 menggesa calon Rantau Barisan Nasional (BN), Mohamad Hassan menyertai debat yang akan dianjurkan jawatankuasa menjelang pilihan raya kecil bulan depan.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 8 Mac, 2019.

BADAN pemantau pilihan raya, Bersih 2.0 menggesa calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Hassan menyertai debat yang akan dianjurkan jawatankuasa menjelang pilihan raya kecil (PRK) di Rantau bulan depan.

Pengerusinya, Thomas Fann berkata acara debat dalam mana-mana pilihan raya adalah platform bagi semua calon memberitahu pengundi apakah yang boleh ditawarkan mereka.

“Saya menggesa Mohamad sahut cabaran ini. Ini bukan debat untuk tentukan siapa menang dan siapa kalah.

“Ia adalah platform bagi calon untuk nyatakan pendirian, pandangan dan komitmen berkenaan kawasan yang mereka tandingi,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Bersih di Petaling Jaya hari ini.

Beliau berkata pada acara debat itu jugalah calon akan dilihat sama ada mampu mewakili kawasan mereka di Parlimen.

“Kita akan teruskan di Rantau. Kita akan jemput parti-parti politik untuk sertai debat semasa kempen pilihan raya kecil.”

Pada PRK Semenyih baru-baru ini, calon Pakatan Harapan Muhammad Aiman Zainali dan calon BN Zakaria Hanafi menolak undangan untuk menyertai debat. – 8 Mac, 2019. 

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen