MEXICO bersiap sedia berdepan kesan taifan Katia yang dijangka menjejaskan lebih sejuta orang ketika taufan itu sedang bergerak menuju Veracruz dari Teluk Mexico.
Tentera dan pihak berkuasa elektrik persekutuan sudah dihantar ke kawasan timur Mexico itu untuk membantu.
Beberapa tempat perlindungan juga sudah dibuka bagi menempatkan penduduk yang dipindahkan daripada kawasan berisiko mengalami tanah runtuh.
“Kami menjangkakan taufan itu untuk melanda pada malam Jumaat atau awal pagi Sabtu,” kata Gabenor Veracruz, Miguel Angel Yunes kepada Radio Formula.
Beliau menambah yang hujan lebat disebabkan taufan Franklin yang melanda Veracrux pada awal Ogos lalu sudah melembutkan tanah-meningkatkan risiko berlakunya tanah runtuh.
Katia, taufan kategori satu berada pada jarak 195 batu di timur laut Veracuz pada jam 12:00 GMT semalam- dengan angin kencang bergerak dengan kepantasan 80 batu per jam dan kelajuan angin selaju 96 mph, menurut Perkhidmatan Meteorologikal Nasional Mexico.
Ia adalah salah satu taufan yang kini berada di Lautan Atlantik bersama-sama taufan Irma kategori lima dan taufan Jose kategori satu.
Kerana kedudukannya di pesisir Lautan Pasifik dan Atlantik, Mexico seringkali dilanda taufan, sekurang-kurangnya hampir sedozen taufan menyerang negara itu setiap tahun. – AFP, 8 September, 2017.
Komen