PILIHAN Raya Kecil (PRK) bagi DUN Rantau akan diadakan pada 13 April akan datang manakala tarikh penamaan calon pada 30 Mac, kata Azhar Azizan Harun hari ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu berkata, pengundian awal bagi kerusi Negeri Sembilan itu akan diadakan 9 April.
PRK DUN Rantau diadakan berikutan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya di Seremban pada 16 November lepas mengisytiharkan kemenangan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan bagi kerusi DUN Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lepas adalah tidak sah dan terbatal.
Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) S Streram memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan SPR yang mengisytiharkan kemenangan Mohamad selepas dia dilarang memasuki pusat pencalonan kerana tidak membawa pas.
Beliau memohon PRK untuk kerusi itu diadakan semula atas alasan kemenangan Mohamad tidak sah.
PRK DUN Rantau adalah PRK yang ketujuh diadakan selepas PRU14 pada 9 Mei tahun lepas.
Azhar berkata SPR menyasarkan 70 peratus pengundi akan mengundi pada PRK DUN berkenaan.
Bagi menjalankan proses PRK ini katanya, SPR bersetuju melantik Pegawai Daerah Seremban, Mohd Nizam Tajul Arus sebagai pegawai pengurus pilihan raya serta 515 petugas pilihan raya.
Beliau berkata SPR akan menggunakan Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bandar Sri Sendayan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi.
Katanya, terdapat 16 buah pusat mengundi merangkumi 55 saluran dengan 11 daripadanya saluran baharu yang ditambah untuk kemudahan mengundi pada kali ini.
“PRK ini dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM1.8 juta,” katanya.
Seperti mana yang dilaksanakan pada PRK Parlimen Cameron Highlands dan DUN Semenyih sebelum ini, Azhar berkata SPR akan turut menyiarkan proses PRK DUN Rantau secara langsung di laman Facebook SPR www.facebook.com/
Komen