Kabinet akan putuskan pindaan Poca, Sosma, kata Muhyiddin


Timothy Achariam

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan mengemuka usul memansuhkan kedua-dua akta itu di Parlimen selepas Kabinet membuat keputusan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 5 Mac, 2019.

KABINET akan memutuskan sama ada  Akta Pencegahan Jenayah (Poca) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) akan dimansuhkan pada sidang Parlimen akan datang, kata Muhyiddin Yassin.

Menteri dalam negeri itu berkata kerajaan akan mengemuka usul memansuhkan kedua-dua akta itu di Parlimen selepas Kabinet membuat keputusan.

“Ada banyak perkembangan mengenai perkara itu. Ada beberapa cadangan supaya kedua-dua undang-undang dipinda tetapi kita akan bawa ke Parlimen apabila ia siap dan dapat kelulusan Kabinet,” katanya.

Muhyiddin pada 2 Disember lalu berkata penggantungan ke atas beberapa undang-undang telah ditarik semula ekoran kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman.

Ia melibatkan Poca, Sosam, Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) dan Akta Hasutan.

Berkenaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau, Muhyiddin yang merupakan timbalan presiden Pakatan Harapan (PH) berkata PH akan meletakkan calon dari PKR.

“Maana-mana parti yang menang kerusi atau mencabar kerusi itu pada PRU14 akan bertanding.

“Ini sudah diputuskan pada pilihan raya umum lepas, jadi kali ini kerusi itu PKR punya,” katanya. – 5 Mac, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen