KETUA Menteri Sarawak Abang Johari Openg menolak dakwaan rasuah yang menyatakan syarikat minyak negara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dibentuk untuk mengeluarkan minyak Sarawak.
“Tidak ada apa-apa. Laman web - aogm.net - itu hanya berniat jahat,” katanya ketika merasmikan halaman fabrikasi kedua Brooke Dockyard and Engineering Work Corporation’s di Demak dan pengunduran substruktur Bokor D Petronas Carigali di Bako, 40 kilometer dari Kuching.
“Petros bukan 1MDB,” kata ketua menteri itu merujuk kepada artikel bertajuk ‘The Sarawak Oil Grab – Is Petros the 1MDB of Sarawak?’ yang disiarkan 21 Februari lalu.
Abang Johari berkata, Petros adalah badan kawal selia bagi industri minyak dan gas di negeri itu dan mempunyai pengurusan yang telus.
“Kerajaan Sarawak adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan telus.
“Kami ingin memberi manfaat kepada rakyat Sarawak,” katanya.
Terdahulu ketua menteri itu berkata, sasaran kerajaan Sarawak adalah untuk mempunyai budaya integriti di semua jabatan dan agensinya.
Tetapi artikel AOG mempersoalkan bagaimana Petros sebuah syarikat yang dikatakan tidak tahu mengenai industri minyak dan gas mahu mengambil alih Petronas di Sarawak.
Artikel itu mendakwa ia taktik mudah yang biasa digunakan oleh bekas perdana menteri, Najib Razak dan kroni untuk mengambil berjuta-juta ringgit demi kepentingan sendiri.
Artikel berkenaan mengatakan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud terdesak memerlukan duit.
“Taib memerlukan RM1.35 bilion bagi memulihkan semula kewangan akibat pelaburan gagal di antara 2008 dan 2008 oleh Kumpulan Perbankan Utama (UBG),” dakwa artikel itu. – 4 Mac, 2019.
Komen