Sikap angkuh, kelicikan politik beralih tempat di Semenyih


Jahabar Sadiq

Majoriti 1,914 undi di tangan BN pada PRK Semenyih semalam menggagalkan PH yang menang dengan majoriti 8,964 dalam PRU14 pada 9 Mei. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Mac, 2019.

DALAM keadaan lain, Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih serta keputusannya tidak penting seperti pada masa ini.

Namun keputusan PRU14 dan hubungan yang jelas sekali mesra di antara Umno dan PAS kini menjadikan setiap kerusi luar bandar satu referendum kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Lihat saja kegembiraan ditunjukkan Umno dan PAS, atau dendam serta kemarahan meluap-luap oleh penyokong PH di media sosial untuk memahami bahawa amaran yang dinyatakan kini jelas terbukti.

Calon Umno/Barisan Nasional’s (BN) Zakaria Hanafi mendapat 19,780 undi manakala calon PH, Muhammad Aiman Zainali meraih 17,866.

Majoriti 1,914 undi di tangan BN semalam menggagalkan PH yang menang dengan majoriti 8,964 dalam pilihan raya umum 9 Mei.

Keputusan ini boleh menjadi skrip untuk pilihan raya kecil lain di kawasan luar bandar dengan majoriti pengundi Melayu yang sebelum ini menyokong BN/Umno.

Keputusan PRU14 dan hubungan mesra Umno dan PAS kini menjadikan setiap kerusi luar bandar satu referendum kepada kerajaan PH. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Mac, 2019.

Trend tersebut berterusan sehinggalah PRU14. Namun sejak itu, Umno dan PAS membentuk persefahaman untuk tidak saling berlawan apabila melihat ia memecahkan undi golongan Melayu.

Kerjasama baharu ini berhasil dalam pilihan raya kecil Cameron Highlands dan kini di Semenyih.

Lalu apa yang menguntungkan Umno/PAS dan di mana silap PH? Jelas sekali amaran meluas yang dinyatakan itu menjawab soalan berkenaan dan mencerminkan perubahan politik dan pentadbiran sejak PRU14.

Secara ringkas, kedua-dua kem saling membangga diri dan licik selepas PRU14. Sikap kebersamaan yang ditunjukkan PH semasa kempen PRU14 pula beralih pada pihak lawan selepas beroleh kemenangan.

BN begitu angkuh dan percaya ia tidak akan tewas sebelum 9 Mei. Ia berbaik-baik dengan PAS yang menjauhkan diri dari Pakatan Rakyat (PR).

Anggota gabungan yang tinggal dalam PR – PKR dan DAP – terpaksa bekerjasama dengan parti Dr Mahathir Mohamad, Bersatu dan penentang PAS yang membentuk Amanah.

PH bersatu dengan matlamat tunggal untuk menumbangkan BN dari Putrajaya dengan asas bahawa perdana menteri waktu itu, Najib Razak merupakan pencuri dan dasar BN membebankan rakyat.

Sejak itu, kerajaan bertukar tetapi rakyat masih terbeban – tiada wang tambahan dan wang yang digelapkan kerajaan terdahulu tidak diperoleh semula.

Sebaliknya, dasar baharu seperti larangan merokok dan juga ke atas Android TV box menyebabkan rakyat lebih marah.

Kemuncak kepada perubahan sikap pada 2018 adalah kekalahan Najib dan BN, dan rakyat juga dengan naif menganggap tiada kos lain terlibat dalam perubahan itu.

Mungkin rakyat tidak mengundi BN disebabkan janji ahli politik, mungkin disebabkan manifesto PH dan keangkuhan BN, yang menyebabkan mereka kehilangan kerajaan.

PH menang, dan meneruskan serangan ke atas Najib walaupun ia sukar memenuhi segala janji dan manifestonya.

Sudah terlewat untuk menangani kempen Bossku digerakkan Najib Razak, yang mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu terpinggir. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Mac, 2019.

PH menjadi defensif, menjadi angkuh dan tidak lagi menunjukkan perpaduan seperti semasa menentang BN.

Sudah terlewat untuk menangani kempen Bossku digerakkan Najib, yang mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu terpinggir.

Dari satu segi, PH tidak banyak kebolehan dan hanya tertumpu pada satu tujuan sahaja. Gulingkan Najib, salahkan Najib tanpa kesudahan sehingga rakyat bosan.

Umno dan PAS pula mengubah sikap angkuh dan membesar diri dalam PRU14 kepada kelicikan politik dan perpaduan untuk memastikan mereka terus dapat terus wujud, daripada pilihan raya kecil sehingga ke pilihan raya umum.

Mereka mungkin menipu, mengapi-apikan semangat perkauman tetapi yang penting mereka menarik khalayak untuk bercakap mengenai isu asas untuk menang apa-apa pilihan raya.

Ia berhasil di Cameron Highlands, ia turut berhasil di Semenyih sehingga pengundi bukan Melayu juga sanggup memberi undi kepada orang BN.

Sejak PRU14, realiti jelas yang dapat dilihat adalah perbezaan di antara menjalankan kempen dan mentadbir negara apabila sudah menjadi kerajaan.

BN menjalankan kempen antara 2013 hingga 2018 yang tertumpu kepada Najib dan terus kehilangan undi. PH juga sama, mengabaikan isu yang jelas – janji kosong dan poket rakyat Malaysia yang kosong.

Kedua-duanya akan mengambil masa dan dalam masa itu, Umno dan PAS akan terus berkembang selagi mereka kekal bersatu dan dapat membawa keluar penyokong untuk mengundi.

PH hanya boleh membuat perkara itu apabila mereka menjadi kerajaan yang menunaikan janji.

Kini sudah sembilan bulan berlalu. Dalam tempoh itu, kebanyakan manusia hamil sudah melahirkan anak. – 3 Mac, 2019.

* Jahabar Sadiq mengendali The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen