Arab Saudi layak ke Piala Dunia hasil program perubahan Putera Mahkota


Kejayaan Arab Saudi melayakan diri ke Piala Dunia 2018 sejak 2006 dianggap kerana program perubahan yang dilancarkan Putera Mahkota Mohammed bin Salman. – Gambar AFP, 6 September, 2017.

PENYOKONG bola sepak meraikan kejayaan Arab Saudi layak ke Piala Dunia tahun depan, ramai antara mereka melihat ia hasil program perubahan diterajui Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang menggalakan sukan di negara ultra konservatif itu.

Arab Saudi menundukkan Jepun 1-0 semalam untuk layak ke Piala Dunia pertama mereka sejak 2006.

Kemenangan itu menyebabkan kerajaan mengeluarkan poster baru untuk rancangan perubahannya, diberikan nama Wawasan 2030 dengan imej Putera Salman yang sedang tersenyum dan kata-kata “Bersedia untuk masa hadapan”.

“Dengan semangat tinggi dan sokongan tidak berbelah bahagi, tuah memihak kepada pasukan Saudi yang berjaya ke Piala Dunia,” kata kerajaan melalui akaun Twitter Wawasan 2030 rasminya.

Putera Salman, dikenali sebagai MbS, ialah peneraju Wawasan 2030, sebuah perancangan menyeluruh ekonomi dan sosial yang dilancarkannya tahun lepas.

Wawasan itu membuka lebih banyak peluang kepada industri hiburan, budaya dan sukan dalam negara yang lebih separuh penduduknya berusia bawah 25 tahun, generasi celik Internet yang menghabiskan lebih banyak masa dalam talian berbanding dunia luar. – AFP, 6 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen