Industri fesyen Perancis haramkan model ‘terlampau kurus’


Model terlampau kurus dalam industri fesyen dianggap punca kepada peningkatan anoreksia dalam kalangan wanita muda seluruh dunia. – Gambar EPA, 6 September, 2017.

Industri fesyen Perancis daripada Christian Dior sehingga Saint Laurent berikrar hari ini untuk mengharamkan model yang terlampau kurus daripada telibat dalam iklan dan pertunjukan fesyen mereka, tindak balas kepada pengkritik yang menyifatkan industri itu menggalakan anoreksia.

Dua syarikat terbesar industri fesyen, LVMH dan Kering mendedahkan ikrar mereka “untuk memastikan kesejahteraan model” yang turut mengharamkan pengambilan model di bawah umur 16 tahun untuk majlis dan penggambaran pakaian orang dewasa. – AFP, 6 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen