HARGA petrol dan diesel naik lagi untuk minggu 7 hingga 13 September selepas turut naik minggu lepas.
RON95 naik empat sen kepada RM2.20 per liter, RON97 juga naik empat sen kepada RM2.48 per liter.
Sementara diesel naik satu sen kepada RM2.05 per liter.
Harga itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan setiap Rabu. – 6 September, 2017.
Komen