Pengundi muda jadi penentu dalam PRK Semenyih 


Sheridan Mahavera Noel Achariam Christopher Rabin

Pengundi di bawah usia 40 tahun merupakan separuh daripada 53,257 pengundi di Semenyih. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Februari, 2019.

PERLAWANAN bola sepak dengan “bosku”, panggilan telefon terus dan lawatan rumah ke rumah adalah antara cara parti untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Semenyih meraih sokongan dari pengundi bawah umur 40 tahun.

Kumpulan ini akan menentukan kemenangan di kerusi negeri itu dalam Pilihan raya Umum ke-14. 

Pengundi di bawah usia 40 tahun mementuk separuh daripada 53,257 pengundi di Semenyih, kata penganalisis politik dan aktivis. Dalam PRU14 tahun lepas, mereka cenderung ke arah Pakatan Harapan, membenarkan parti pemerintah untuk menawan Semenyih untuk kali pertama.

Namun kali ini, nampaknya sebahagian besar mereka berpaling daripada kerajaan kerana mereka tidak berpuas hati dengan janji-janji yang tidak dipenuhi seperti penangguhan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN, menghapuskan tol dan membaik pulih semula bantuan sara hidup untuk golongan bujang.

Tinjauan TMI ke atas 10 orang belia di empat daerah mengundi di Semenyih mendapati, setiap seorang daripada dua individu yang ditinjau berkata mereka tidak berpuas hati dengan kerajaan, manakala empat orang berkata mereka sanggup memberi PH lebih banyak masa. Seorang lagi tidak pasti mengenai rekod sembilan bulan pentadbiran itu.

Penganalisis kanan Institut Darul Ehsan, Kamarul Bahrin Zahid, berkata pengundi ini bijak, memiliki kesedaran politik dan tidak mempunyai sikap sentimental yang orang tua mereka miliki terhadap parti politik tertentu.

“Mereka akan menukar pilihan mereka dari satu parti politik kepada yang lain bergantung pada siapa yang mereka anggap paling baik berkhidmat untuk mereka,” kata Kamarul Bahrin.

Dalam kalangan orang Melayu sahaja terdapat kira-kira 22,000 pengundi di bawah 40 tahun, kata Ketua Pemuda Umno Hulu Langat, Mohamad Syahir Mohd Yusof.

“Jika ditambah pengundi bukan Melayu bawah, populasinya boleh mencecah 50% daripada semua pengundi Semenyih. Ia sangat besar dan mereka sangat penting,” kata Mohamad Syahir, yang tugasnya dalam pilihan raya kecil itu adalah untuk memenangi lelaki Melayu di bawah umur 40 tahun.

Bola sepak dan telefon bimbit 

Pilihan raya kecil Semenyih menyaksikan pertembungan antara PH, BN, Parti Sosialis Malaysia dan calon bebas Kuan Chee Heng.

BN telah meningkatkan jumlah program bersama bekas perdana menteri dan presiden Umno Najib Razak di Semenyih selepas beliau yang terkenal dengan tagline “Malu Apa Bossku”, membantu BN memenangi pilihan raya kecil Cameron Highlands bulan lepas. 

Menerusi tempoh berkempen dua minggu, program bossku diadakan kira-kira empat kali di daerah mengundi majoriti Melayu di Bukit Mahkota dan Kantan Permai. Setiap program yang diadakan, beliau mampu menarik sehingga 500 penduduk untuk hadir. 

Yang terbaharu apabila Najib bersama pengundi muda menonton perlawanan bola sepak Manchester United-Liverpool pada 24 Februari di sebuah kedai mamak yang popular di Kantan Permai. 

“Dulu, setiap kali kita adakan program, orang muda akan bertanyakan jika ada ‘token’ sekiranya mereka hadir,” kata Syahir berhubung golongan anak muda pada program BN. 

“Kali ini mereka hanya datang dan tidak minta apa-apa. Kita juga ada pelajar universiti yang jumpa kita dan bertanya sama ada mereka boleh luangkan masa mereka. Ini tidak pernah berlaku sebelum ini pada kami,” kata Syahir. 

“Pengundi kali pertama memberitahu saya bahawa mereka menyesal mengundi PH pada pilihan raya lepas. Sebelum mereka dibawa oleh janji pilihan raya kerana mereka tidak ada apa-apa untuk dibandingkan. Tetapi kini mereka berkata selepas mereka ditipu kerana mereka dapat melihat perbezaan antara BN dan PH. “

Siapa yang bakal menawan pengundi muda di Semenyih, antara empat calon pilihan raya kecil itu yang akan berlangsung pada 2 Mac ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Februari, 2019.

Di sebelah PH, aktivis seperti Nurul Huda Fadzil dan sekumpulan kecil tiga hingga empat anggota dari komponen PH, Bersatu, Amanah dan PKR, pergi dari rumah ke rumah untuk berkempen kepada pengundi muda.

“Kami pergi ke rumah kerana kami juga ingin mendapatkan bacaan mengenai tahap sokongan kami dan siapa yang akan menyokong kami. Di rumah-rumah, kita boleh menyebarkan mesej dan menentang sebarang pembohongan,” kata Nurul Huda, yang bertanggungjawab di daerah Bukit Mahkota.

“Setakat ini, kira-kira 70% orang yang kami temui berkata mereka akan memberi PH lebih banyak masa untuk membetulkan negara,” kata aktivis dari Srikandi, iaitu sayap Wanita Bersatu,

Pasukan Nurul Huda juga menyeru ahli PH yang mereka tahu adalah pengundi Semenyih tetapi bekerja dan menetap di luar kawasan pilihan raya.

Ketua Pemuda Amanah Selangor Abbas Salimi Azmi mengaku bahawa jumlah yang hadir pada perhimpunan BN lebih tinggi daripada yang ada di acara PH, tetapi mengatakan ini bukan ukuran yang tepat untuk sokongan.

“Parti pembangkang akan sentiasa mendapatkan lebih banyak orang untuk hadir kerana mereka mempunyai lebih banyak masa untuk berkempen. Sama seperti bagaimana kita lakukan ketika kita pembangkang. Tetapi anda tidak boleh menggunakan saiz orang ramai untuk meramalkan parti mana yang akan memenangi kerusi.

“Jika kamu menggunakan jumlah orang ramai sebagai ukuran sokongan, maka PAS sudah lama berkuasa.”

Ini kerana di kalangan semua parti politik, PAS sentiasa berjaya menarik orang ramai kepada ceramah dan program mereka, kata Abbas.

Janji tidak ditepati dan jangkaan pramatang

Dalam tinjauan pendapat TMI, lima dari 10 belia berkata mereka kecewa dengan dasar kerajaan yang berubah-ubah seperti memansuhkan tol, menangguhkan pembayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN dan mengurangkan kos sara hidup.

Salah seorang daripada mereka adalah penjawat awam yang hanya mahu dikenali sebagai Haris berkata, beliau turut kecewa dengan penjelasan kerajaan. 

“Saya tidak melihat harapan baru dalam kerajaan ini,” kata Haris selepas mendengar ceramah oleh bakal perdana menteri dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

“Saya mahu jawapan kepada perkara-perkara tertentu tetapi mereka terus mengulangi alasan lama yang sama. Mengenai hutang negara tinggi,” kata Haris, yang enggan mendedahkan nama penuhnya kerana bimbang dikenakan tindakan kerana beliau adalah penjawat awam. 
 
“Saya mahu mendengar tentang bagaimana rancangan mereka untuk masa hadapan. Kami ingin mendengar bagaimana mereka akan memenuhi janji-janji mereka, sebaliknya mereka bercakap mengenai perkara-perkara lama yang sama,” kata Haris yang membesar, masih tinggal dan akan mengundi di Kantan Permai.

Peniaga Mohaimi Syukur, 39, merupakan salah satu daripada empat TMI yang disiarkan yang mengatakan mereka akan memberi PH lebih banyak masa untuk memenuhi janji-janjinya.

“Rakan saya tidak berpuas hati dengan PH tetapi saya fikir itu sikap yang tidak matang. Anda tidak boleh mengharapkan kerajaan menyelesaikan semua masalah kami dalam satu tahun. Bagi saya, saya telah memberikan kerajaan sekurang-kurangnya satu penggal untuk melihat apa yang boleh dilakukan.” – 28 Februari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen