Harga siling baharu RON95 ditetapkan RM2.08


Ia ditetapkan demikian walau harga di pasaran dunia naik lebih tinggi demi melindungi kepentingan golongan  berpendapatan rendah B40, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Februari, 2019.

KERAJAAN menetapkan harga siling baharu bagi jualan runcit RON95 pada kadar RM2.08 seliter.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Ia ditetapkan demikian walau harga di pasaran dunia naik lebih tinggi demi melindungi kepentingan golongan berpendapatan rendah B40, katanya. 

“Ini bermakna harga runcit RON95 akan dihadkan kepada RM2.08 seliter sungguhpun harga minyak dunia naik lebih daripada itu.”

Harga diesel ditetapkan pada RM2.18 seliter, iaitu tiada perubahan.

“Pengurangan paras harga runcit bagi produk petrol RON95 ini adalah selaras dengan komitmen Kerajaan Pakatan Harapan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat,” kata Lim dalma satu kenyataan.

Harga sling baharu itu berkuat kuasa hari ini. Harga runcit bagi RON95 yang diumumkan Jumaat lalu ialah RM2.08 seliter. – 27 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen