Calon PRS PRU14 meninggal dunia akibat kanser


Desmond Davidson

Robert Pasang Alam yang bertanding bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di kerusi Lubok Antu meninggal dunia akibat kanser awal pagi tadi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Februari, 2019.

ROBERT Pasang Alam yang bertanding bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di kerusi Lubok Antu meninggal dunia akibat kanser awal pagi tadi.

Bekas Timbalan Pendakwa Raya yang mewakili Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah di Kuching akibat kanser kolon.

Presiden PRS James Masing mengesahkan kematian Robert dan berkata dia kehilangan kawan yang dikenali sebagai Pasang dalam kalangan rakan terdekat.

“Sarawak kehilangan hakim yang baik dan mulia,” katanya.

Robert merupakan graduan undang-undang dari Universiti Malaya (UM) 1988 hingga 1992.

Beliau meletak jawatan sebagai timbalan pendakwa raya untuk bertanding pada PRU14.

Dalam pertarungan tiga penjuru itu, Jugah Muyang dari parti bebas menang dengan 1,059 undi.

Gagal memenangi kerusi itu menyebabkan Robert kembali dalam mengamalkan undang-undang di Kuching.  – 25 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen