BN kalah kerana ada pemimpin seperti Nazri Aziz, kata pemimpin MCA


Setiausaha agung MCA Chew Mei Fun berkata, Nazri Aziz tidak layak memegang jawatan setiausaha agung BN dan harus dipecat. - Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Februari 2019.

NAZRI Aziz tidak layak memegang jawatan setiausaha agung Barisan Nasional (BN) dan harus dipecat kerana pemikirannya yang rasis, kata pemimpin MCA Chew Mei Fun.

Chew yang juga setiausaha agung MCA berkata, kata-kata Nazri dalam ucapannya pada kempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih baru-baru ini tidak boleh diterima tetapi harus ditegur oleh ahli Umno.

“Nazri Aziz tidak sesuai dan tidak layak memegang jawatan setiausaha agung BN.

“BN bukan semata-mata untuk dimiliki oleh Umno dan Nazri Aziz juga bukan pemilik mutlak BN. Sebaliknya BN dimiliki oleh kita semua yang saling menghormati dan mengasihi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nazri dalam ucapannya pada Ahad lepas mengkritik kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengenai pelantikan bukan Melayu sebagai peguam negara, ketua hakim dan menteri kewangan.

Beliau juga berkata, bukan Melayu tidak boleh mempersoalkan keistimewaan orang Melayu kerana mereka juga mempunyai keistimewaan seperti sekolah vernacular.

Keterangan Nazri diambil polis berhubung tindakannya itu dan hari ini Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun mengesahkan Ahli Parlimen Padang Rengas itu sedang disiasat.  – 26 Februari, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen