ECRL diteruskan jika harga sesuai, kata Dr Mahathir


Asila Jalil

Kerajaan tak mahu berbelanja besar, tapi buat masa sekarang, belum ada kesepakatan dengan China, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tentang projek ECRL. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 Februari, 2019.

PROJEK Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) akan diteruskan jika Malaysia dan China berjaya mencapai kata sepakat berhubung kos projek, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, kerajaan berharap tidak akan berbelanja besar untuk projek tersebut, tetapi buat masa sekarang, kedua-dua negara belum mencapai persetujuan tentang kos projek.

“Jika harganya sesuai (kos) kita akan teruskan. Tetapi, pada masa sekarang kita belum bersetuju dengan harga,” katanya pada sidang media di Klang hari ini.

Perdana menteri berkata, kerajaan memerlukan 30 tahun untuk membayar pinjaman dan faedah bagi projek itu yang berjumlah RM140 bilion.

Beliau berkata Putrajaya mempunyai banyak hutang selain ECRL, yang ditanggung oleh kerajaan terdahulu.

“Selain ECRL, kita mempunyai hutang yang dimiliki oleh 1MDB. Ini ditanggung oleh kerajaan sebelumnya, dan kini sudah tentu mereka memberitahu kami bagaimana untuk mentadbir negara ini.

“Tetapi ketika mereka mentadbir negara, mereka tidak melakukan kerja yang baik. Mereka menanggung hutang negarayang banyak yang memerlukan negara untuk membelanjakan semua pendapatan untuk membayar hutang itu, atau jika tidak kita mungkin disaman sehingga bankrap,” katanya. – 25 Februari, 2019.

Berita penuh di sini.

 


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen