Jet tentera Myanmar dilaporkan hilang


Pesawat itu dikatakan sedang terlibat dalam sesi latihan penerbangan. – Gambar EPA, 5 September, 2017.

SEBUAH jet pejuang tentera Myanmar dilaporkan hilang semasa menjalani sesi latihan penerbangan di wilayah selatan Ayeyarwady pada Selasa, menurut Pejabat Ketua Panglima Perkhidmatan Pertahanan hari ini.

Jet pejuang G-4 itu terputus hubungan kira-kira pukul 9.30 pagi waktu tempatan (0300 GMT) semasa menyertai misi latihan bersama dua pesawat lain, lapor agensi berita China Xinhua. 

Operasi mencari sedang dijalankan menggunakan pesawat dan helikopter Tentera Udara. – Bernama, 5 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen