KEMASUKAN Bersatu ke Sarawak meletakkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam keadaan serba salah kerana mungkin terpaksa melepaskan beberapa kerusi dalam pilihan raya negeri akan datang.
PKR yang meletakkan 40 kerusi dalam pilihan raya Sarawak 2016 mungkin terpaksa melepaskan beberapa kerusi ke parti Bersatu yang memasuki Sarawak hujung tahun lalu.
“Rakan sekutu lain kini sedang menunggu kami lepaskan beberapa kerusi kepada mereka (Bersatu),” katanya seorang pegawai kanan PKR kepada The Malaysian Insight.
PKR yang meletakkan hampir separuh daripada 82 kerusi pada pilihan raya Sarawak 2016 hanya memenangi tiga kerusi iaitu di Ba’kelalan (Baru Bian), Batu Lintang (See Chee How) dan Krian (Ali Biju).
Semua adalah kerusi bukan Melayu.
“PKR tidak akan berputus asa.
“Tetapi secara realistik kita dapat memberi Bersatu beberapa tempat,” katanya.
Tambahnya, mereka tidak akan berputus asa dan berusaha keras.
“Kami rasa kami ada peluang untuk menang.
“Mereka beralih kepada kami kerana kami sudah memperuntukkan kerusi terbesar di kerusi mereka. Mereka tidak berpaling kepada DAP kerana majoritinya kerusi parti itu berada di kawasan Cina,” katanya. – 24 Februari, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen