LEBIH 60 orang dikhuatiri maut dalam bencana banjir yang dicetuskan ribut tropika Harvey, menurut seorang pegawai tempatan semalam, lapor agensi berita Xinhua.
Institut Sains Forensik Harris County mengesahkan 29 kematian berlaku Sabtu dan antara yang terkorban ialah enam sekeluarga selepas van mereka dihanyutkan banjir di timur Houston.
Sementara itu, sekurang-kurangnya enam maut di Galveston County berhampiran Pantai Teluk.
Banjir juga mengakibatkan ribuan penduduk hilang tempat tinggal dan kerosakan harta benda.
Menurut Pejabat Agensi Pengurusan Bencana Persekutuan (FEMA), Presiden AS Donald Trump meluluskan bantuan kewangan untuk membolehkan kerja pembersihan dilaksanakan.
Taufan Harvey yang membadai Texas pada 25 Ogos lepas disifatkan paling kuat dalam tempoh 50 tahun, mengakibatkan lebih sejuta orang hilang tempat tinggal selain 200,000 rumah dan kemudahan jalan raya sepanjang 500 kilometer rosak.
Houston pula mengalami banjir paling buruk selepas menerima hujan sebanyak 1.4 meter. – Bernama, 5 September, 2017.
Komen