.jpg)
PARTI Islam SeMalaysia (PAS) tidak perlu menangguk di air keruh dengan memainkan propaganda jahat kononnya terdapat komplot untuk menjatuhkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Tentunya isu ini sengaja ditimbulkan untuk menutup isu pemberian dana Umno kepada PAS yang sedang hangat diperkatakan seperti yang diungkapkan sendiri oleh Nik Abduh dalam rakaman audio yang tular.
PAS perlu memberi penjelasan sama ada benar mereka ada menerima dana dari Umno atau tidak kerana ahli-ahli PAS dan rakyat berhak tahu kebenarannya.
Sebagai sebuah parti yang merestui pembohongan, tentunya segala sokongan yang dizahirkan terhadap Dr Mahathir oleh pimpinan PAS tidak boleh dipercayai kerana mereka tidak pernah konsisten dalam menyatakan pendirian.
Saya berasa kasihan terhadap penyokong PAS yang dipergunakan demi kepentingan politik segelintir pemimpin mereka.
Hakikatnya hubungan sesama pimpinan didalam Pakatan Harapan adalah utuh dan kuat.
Terlebih lagi bila gandingan mantap Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim dilihat berjaya memperkukuh kedudukan kerajaan dan Pakatan Harapan.
Tentunya propaganda murahan ini adalah mainan mereka yang berasa dengki dengan keutuhan dan keakraban dikalangan pemimpin PH.
Polemik ini juga sengaja ditimbulkan bermatlamat untuk mengkucar-kacirkan hubungan baik diantara parti-parti kompenan PH.
Kerajaan yang ditadbir Pakatan Harapan kini sedang giat mendukung agenda rakyat untuk merealisasikan segala janji-janji demi memperbaiki Malaysia dari kerosakan yang ditinggalkan oleh Umno dan Barisan Nasional.
Tentunya kerosakan teruk yang ditinggalkan rejim BN memerlukan masa untuk diperbaiki.
Justeru saya yakin gandingan mantap Dr Mahathir bersama Anwar Ibrahim dan seluruh saf kepimpinan Pakatan Harapan akan berjaya mengemudi Malaysia ke arah yang lebih baik. – 21 Februari, 2019
* Syed Badli Shah Syed Osman merupakan Naib Ketua Pemuda PKR.
* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.
Komen