PAS jadikan berbohong 'patuh syariah', kata Muhyiddin


Asila Jalil Christopher Rabin

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menyelar tindakan sikap dolak-dalik pemimpin tertingginya mengenai sokongan terhadap BN pada PRK Semenyih. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 19 Februari, 2019.

PAS menjadikan tindakan berbohong sebagai “patuh syariah” susulan timbul isu sokongannya terhadap Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Semenyih baru-baru ini, kata Muhyiddin Yassin.

Presiden Pakatan Harapan (PH) itu berkata demikian semasa sesi ceramah sempena kempen PRK di Kampung Rinching Hilir, Semenyih malam tadi.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mengatakan PAS tidak akan menyokong BN pada PRK itu, susulan pertemuannya dengan presiden parti Islam Abdul Hadi Awang di Putrajaya minggu lepas.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata parti itu masih akan menyokong BN walaupun pada skala yang lebih kecil berbanding kerjasama semasa PRK Cameron Highlands.

“Saya percaya berita itu keluar sedemikian rupa untuk PAS menolak kenyataan dibuat oleh Tun Mahathir. Saya percaya perdana menteri kita tidak berbohong, jadi siapa yang bohong?

“Semua orang kini tahu PAS adalah parti yang suka berbohong. Ia menjadikan pembohongan itu sebagai ‘syariah compliant atau patuh syariah,” katanya.

Turut hadir ialah calon PH untuk PRK Mohamad Aiman ​​Zainali, Naib Presiden PH Mohamed Azmin Ali, Ketua Penerangan Bersatu Radzi Jidin dan Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari.

Muhyiddin berkata pertemuan Dr Mahathir dan Hadi benar-benar berlaku kerana terdapat foto yang tersebar dalam talian.

Muhyiddin yang juga presiden Bersatu memetik satu lagi contoh yang menyifatkan PAS sebagai parti yang menipu apabila Hadi menawarkan untuk menyelesaikan saman fitnahnya dengan Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.

Hadi bertindak menyaman Rewcastle-Brown berhubung artikel bertajuk “As Najib denies all over 1MDB, let’s not forget his many other criminal connections”, yang diterbitkan pada 6 Ogos 2016.

Artikel itu mendakwa Hadi dan pemimpin PAS lain menerima jutaan ringgit daripada presiden Umno Najib Razak agar menyokong parti itu pada pilihan raya umum Mei.

Muhyiddin mempersoalkan tawaran Hadi menyelesaikan saman itu kerana ia kini seolah-olah kepimpinan PAS benar-benar mengambil wang daripada Najib.

Beliau berkata seseorang yang dituduh akan meneruskan saman itu jika tidak bersalah atas tuduhan itu.

“Jika mereka meneruskan saman itu, mereka mungkin menang di mahkamah dan PAS mungkin mendapat 100 bilion pound. Itu lebih daripada RM90 juta,” tambah Muhyiddin.

Hadi membuat keputusan membuat penyelesaian luar mahkamah melalui perintah persetujuan bertarikh 1 Februari di Mahkamah Tinggi London, kata setiausaha politiknya, Syahir Sulaiman, dalam satu kenyataan semalam. – 19 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen