CHINA mula melakukan pemantauan radiasi di sempadan negara itu dengan Korea Utara selepas ujian senjata nuklear terbesar dilakukan Ahad lepas.
Kementerian Alam Sekitar mengumumkan di akaun media sosialnya yang ia memulakan “pemantauan radiasi kecemasan” di sempadan timur laut negara itu sebelum tengahari semalam.
Tindakan itu diletakkan pada “tahap 2”, tahap tertinggi kedua dalam sistem empat tahap.
Kementerian tidak mengumumkan sama ada radiasi dikesan.
Keputusan itu dilakukan susulan dakwaan Korea Utara yang mengatakan mereka berjaya melakukan ujian bom hidrogen.
Letupan itu dianggap lebih besar berbanding ujian sebelum ini dan gegaran dirasai penduduk China yang menentap beratus kilometer dari sempadan Korea Utara. – AFP, 4 September, 2017.
Komen