KOREA Selatan melancarkan latihan serangan peluru berpandu balistik pada Ahad susulan ujian nuklear Korea Utara, kata agensi berita negeri Yonhap.
Pada Ahad, Korea Utara dilaporkan menjalankan ujian nuklearnya yang paling besar setakat ini, dengan mendakwa ia telah membangunkan bom hidrogen canggih yang boleh dipasang di atas peluru berpandu balistik antara benua.
Tentera Korea Selatan melakukan latihan serangan simulasi ke tapak nuklear di utara, yang mengena “sasaran ditetapkan di Laut Timur”, kata laporan itu memetik kenyataan pegawai Joint Chiefs of Staff (JCS) .
“Latihan itu susulan ujian nuklear keenam Utara ... dan melibatkan peluru berpandu balistik Hyunmoo negara dan jet pejuang F-15K,” katanya.
Tentera Selatan berkata jarak ke sasaran simulasi itu bersamaan dengan tapak ujian nuklear Punggye-ri, Korea Utara di wilayah timur lautnya.
Presiden AS Donald Trump pada Ahad turut mengkritik Seoul.
Menurut Trump, ramalannya mengenai usaha Korea Selata untuk berunding dengan Korea Utara tidak akan akan berjaya ternyata benar.
AS memberi amaran ia boleh melancarkan “tindak balas ketenteraan besar-besaran” terhadap ancaman dikeluarkan Korea Utara. – AFP, 4 September, 2017.
Komen