SINDIKET sijil palsu mempunyai orang dalam di universiti bagi melaksanakan penipuan mereka dengan memastikan sijil itu sesuai dengan pangkalan data universiti berkenaan, kata ahli sindiket.
Ijazah palsu datang dengan rekod akademik langkap dan dibuat secara professional.
Walaupun sesetengah bayaran pemalsuan mungkin murah tetapi ia akan mudah dilaksanakan jika dibuat di universiti berkenaan.
Golongan profesional ini mempalsukan dokumen meliputi semua data termasuk transkrip akademik.
Wartawan The Malaysian Insight cuba menyamar sebagai pembeli sijil palsu dengan menghubungi ahli sindiket yang menawarkan pelbagai sijil palsu diploma dan ijazah.
Ketika ditanya universiti mana yang menjadi pilihan terbaik ahli sindiket itu berkata, pastinya daripada universiti antarabangsa.
Katanya, ketua sindiket mereka sendiri berada di universiti itu menyebabkan ia mudah dilakukan.
Lelaki itu kemudiannya menghantar beberapa gambar sampel sijil tersebut untuk penulis memeriksa.
Secara jelas mereka boleh meniru tulisan rasmi pada sijil, transkrip akademik dan surat kelulusan hanya dengan maklumat dan bayaran dibuat pelanggan.
Sementara itu, salah seorang rakannya memaklumkan produk mereka diiktiraf di mana-mana sahaja.
Lelaki yang berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris itu berkata, sijil mereka adalah asli.
“Kamu boleh sahkannya dalam pangkalan data kami dan anda akan jumpa rekod itu,” katanya.
Walaupun dia tidak mengatakan sama ada dia mempunyai bantuan dalam ataupun tidak, tetapi pelanggan seolah-olah diminta membuat bayaran penuh setelah mengesahkan ijazah mereka untuk disemak di pangkalan data dalaman universiti.
Ahli sindiket pertama berkata, tidak semua pensijilan akademik boleh dipalsukan.
Katanya, mereka tidak menawarkan sijil berkaitan bidang perubatan, farmasi dan undang-undang.
“Ini kerana kedua-dua bidang kajian mempunyai proses pensijilan ketat dan memalsukan dokumen tidak dapat menjamin bahawa produk mereka boleh disahkan.
“Tetapi kursus seperti kejuruteraan, komunikasi massa, perakaunan dan sebagainya boleh dilakukan,” katanya.
Apabila ditanya sama ada mereka turut membuat sijil palsu untuk universiti dikendalikan oleh kerajaan katanya, mereka tidak banyak buat di universiti kerajaan kerana lebih berisiko.
“Secara umumnya kami hanya menyalin sijil yang boleh digunakan untuk memohon universiti tempatan,” katanya.
Baru-baru ini, beberapa ahli politik Pakatan Harapan (PH) termasuk menteri dan wakil rakyat didedahkan mempunyai kelayakan akademik meragukan sehingga mendatangkan kemarahan rakyat yang mendorong mereka meletak jawatan.
Mereka termasuk Timbalan Menteri Luar, Marzuki Yahya yang dikatakan memegang Ijazah Cambridge tetapi didedahkan memperolehnya dari sebuah institusi meragukan.
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin juga didakwa mempunyai kelayakan meragukan tetapi kedua-dua sudah menafikan pernah lulus dari institusi berkenaan.
Kelulusan akademik Menteri Besar Johor, Osman Sapian dari Universiti Putra Malaysia (UPM) juga dipersoalkan.
Kelayakan perakaunan Menteri Kewangan Lim Guan Eng juga dipersoalkan oleh Presiden MCA Wee Ka Siong yang mencetuskan pertengkaran kecil. – 18 Februari, 2019
Komen