Switzerland siasat Justo atas dakwaan pengintipan ekonomi


Xavier Justo kini disiasat oleh pihak berkuasa Swiss atas dakwaan pengintipan ekonomi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Februari, 2019.

PEMBERI maklumat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Xavier Justo sedang siasat oleh pihak berkuasa Swiss atas dakwaan pengintipan ekonomi.

Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) mengesahkan penyiasatan di bawah Kanun Keseksaan Negara kerana disyaki pengintipan ekonomi, menurut kenyataan portal berita Swissinfo.ch.

Menteri Kehakiman Switzerland Sommaruga membenarkan pendakwaan terhadap Justo September tahun lepas.

Justo bekerja dengan Petrosaudi sebuah syarikat penghasil minyak di Arab Saudi dan disabitkan di Thailand atas dakwaan cuba memeras ugut bekas majikannya dengan dokumen sulit yang dicuri dari syarikat itu.

Dokumen itu mendedahkan berbilion ringgit dikeluarkan daripada 1MDB di bawah nama perjanjian dengan PetrolSaudi.

Beliau juga membocorkan data tersebut kepada The Edge Media Group dengan perjanjian untuk dibayar tetapi tidak pernah menerima apa-apa bayaran.

Bulan lalu pengerusi The Edge Media Group memberi Justo hadiah bernilai RM8.2 juta kerana mendedahkan skandal 1MDB.

“Tanpa dia salah laku melibatkan 1MDB seperti yang didedahkan oleh The Edge tidak akan berlaku,” kata pengerusi syarikat itu, Tong Kooi Ong.  – 18 Februari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen