Lawatan tajaan Da Ma Cai tidak betul, kata bekas menteri


Asila Jalil Diyana Ibrahim

HISHAMMUDDIN Hussein berkata beliau tidak tahu mengenai lawatan polis ke luar negara yang dikatakan mendapat tajaan syarikat perjudiaan Da Ma Cai dan diluluskan semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Beliau yang pernah menjadi menteri dalam negeri dari 2009 hingga 2013 berkata jika ia berlaku, ia bukan perkara yang betul.

“Saya tidak tahu sama ada ia benar atau salah.

“JIka benar saya tidak fikir ia hal yang betul kerana orang yang menaja lawatan itu pasti ada kepentingan sendiri dan mereka perlu beri penjelasan,” katanya. 

Pendedahan mengenai lawatan membabitkan pegawai polis tertinggi ke Turki itu dibuat oleh Sarawak Report.

Ia kemudiannya didedahkan mendapat tajaan daripada syarikat Da Ma Cai yang perjalanannya mendapat kelulusan Lembaga Totalisator di bawah Kementerian Kewangan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebelum ini berkata penajaan itu diluluskan oleh kerajaan BN.

Hishammuddin kemudiannya mempersoalkan mengapa Lim menuduh kerajaan terdahulu apabila pihaknya membatalkan begitu banyak perkara diluluskan oleh BN sebelum ini.

“Mereka kata ia diluluskan oleh BN. Lim sudah membatalkan banyak perkara yang diluluskan oleh kerajaan sebelum ini jadi mengapa dia mahu salahkan kami?” katanya. – 17 Februari, 2019.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Hello, Hisham, no need to pretend. The IGP himself has admitted that the gambling company had been "sponsoring" these junkets for a few years already. Ini adalah soal HARGA DIRI. Dimanakah harga diri polis yang tidak malu terima "hadiah" ini yang berbau sogokan kerana ia adalah untuk "berterima kasih" kepada polis kerna membantu membenteras judi haram?

    Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh Ravinder Singh · Ulasan