Ambiga persoal kelewatan Putrajaya hapus undang-undang zalim, hukuman mati


Christopher Rabin

S Ambiga persoal kenapa Putrajaya mengambil masa yang lama untuk menghapuskan hukuman mati dan undang-undang zalim seperti yang pernah dijanjikan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 17 Februari, 2019.

PUTRAJAYA perlu menjelaskan kelewatan mereka menghapuskan hukuman mati dan undang-undang zalim, kata bekas Ketua Majlis Peguam S Ambiga.

Dia mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) bahawa undang-undang dan hukuman sedemikian masih digunakan walaupun sudah berjanji untuk memansuhkannya pada pilihan raya lepas.

“Saya tidak tahu kenapa ia mengambil masa yang lama untuk memansuhkan undang-undang menindas seperti Akta Hasutan yang sudah wujud lebih 70 tahun sedangkan negara lain sudah lama menghapuskannya,” katanya ketika ditemui di Festival Demokrasi (FORSEA) 2019 di Kuala Lumpur.

Beliau juga menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Liew Vui Keong mempercepatkan pelan memansuhkan hukuman mati seperti diumumkan pada Oktober lalu. 

Beliau berkata, akan sentiasa ada orang yang akan menyokong dan terus mempercayai manfaat undang-undang drakonian. 

“Mereka mahu memelihara undang-undang kerana lebih mudah ada peraturan menindas daripada berdasarkan hak asasi manusia,” katanya.

Ambiga yang merupakan ahli Jawatankuasa Pembaharuan Institusi terus mempertahankan mengapa hukuman mati sudah ketinggalan zaman.

Katanya, fungsi hukuman mati berdasarkan alasan berat sebelah tidak berkesan.

“Pertama ada bukti ia tidak berfungsi dan tentunya akan ada yang menyokong tanpa sebarang bukti.

“Kedua terdapat banyak bukti dalam kesilapan yang dibuat. Bagaimana kita boleh hidup setelah kita mengambil nyawa orang lain bagi mengurangkan salah laku jenayah.

“Bagi saya balas dendam tidak boleh menjadi alasan untuk menjatuhkan hukuman mati,” katanya.

Beberapa pihak lain juga menyeru agar kerajaan bertindak cepat dengan menghapuskan hukuman mati dalam usaha membuktikan mereka tidak lagi membuat pusingan U pada keputusan diumumkan Oktober lalu.

Pada 14 Februari Liew berkata, kabinet akan membuat keputusan tidak lama lagi sekiranya mereka mahu membentangkan cadangan menghapuskan hukuman mati sebelum persidangan Dewan Rakyat bulan depan. – 17 Februari, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen