PERTEMPURAN antara militan IS dengan pasukan keselamatan pro rejim di tengah Syria menyebabkan 150 maut dalam tempoh 24 jam, menurut pemantau.
Syrian Observatory for Human Right yang berpangkalan di Britain berkata 120 militan IS “terbunuh dalam pertempuran di sekitar bandar Uqayribat di timur Hama termasuk 35 anggota tentera rejim serta penyokongnya.”
Pekan terbabit merupakan kubu pertahanan terakhir militan itu di tengah wilayah berkenaan selain beberapan perkampungan kecil.
Pasukan pro kerajaan menawan Uqayribat pada Jumaat malam, namun IS melakukan serangan balas pada Sabtu yang menyebabkan mereka mengawal sebahagian besar pekan berkenaan, kata ketua pemerhati Rami Abdel Rahman.
Serangan artileri disokong dengan serangan udara oleh Syria dan Rusia ke atas kedudukan militan membolehkan pasukan pro rejim mampu menyusup masuk untuk memaksa mereka keluar daripada pekan terbabit.
IS mengawal Uqayribat sejak 2014 dan menggunakannya untuk melancarkan serangan ke atas kawasan yang dikawal rejim dan merupakan laluan strategik yang disifatkan Abdel Rahman sebagai “satu-satunya talian hayat rejim antara Alepppo dan tengah dan selatan Syria.”
Tentera Rejim, yang disokong serangan udara Rusia, melancarkan seranga ke atas kawasan yang ditawan IS di Hama pada Jun.
Konflik di Syria mengorbankan lebih 320,000 nyawa dan menyebabkan jutaan lagi menjadi pelarian sejak ia bermula dengan demonstrasi anti kerajaan pada 2011. – AFP, 3 September, 2017.
Komen