PUTRAJAYA memutuskan untuk menyenaraikan lebih banyak barangan pengguna untuk disenaraikan sebagai barang kawalan, kata Saifuddin Nasution Ismail.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu berkata kementerian telah mensasarkan barangan popular sebagai usaha untuk menangani kos sara hidup.
“Kita telah diminta untuk mengenal pasti barang makanan yang popular di kalangan rakyat Malaysia untuk disenaraikan dalam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan,” kata Saifuddin selepas mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) hari ini.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata usaha ini mungkin akan mengambil sedikit masa untuk dilaksanakan kerana ia melibatkan banyak pihak berkepentingan termasuk pembekal dan penjual.
“Kita boleh laksanakan harga-harga ini tetapi ada isu lain yang terlibat, kita kena tanya pembekal mengenai barangan ini sama ada mereka ada stok yang mencukupi sebelum dilaksanakan,” katanya.
Tambah Saifuddin, majlis itu membincangkan kemungkinan untuk melanjutkan tempoh masa penjualan barangan harga terkawal semasa perayaan.
“Skim kawalan harga barang memberi kesan positif kepada pengguna, jadi kita bincangkan kemungkinan melanjutkan tempoh masa bagi jualan barangan harga terkawal semasa perayaan.”
Antara barangan yang itu ialah gula, minyak masak dan gas memasak.
Majlis itu juga katanya, membincangkan mengenai diskaun 20% ke atas semua tambang KTM, yang akan dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk diputuskan bersama Kementerian Pengangkutan.
“Mekanisme dan struktur diskaun ini, yang merangkumi perjalanan antara bandar dan luar bandar, akan diuruskan dengan baik oleh Kementerian Pengangkutan,” kata Saifuddin.
Jelasnya, majlis juga memutuskan Food Bank Malaysia akan dilaksanakan di institut pengajian tinggi di seluruh negara.
“Pelajar terbeban dengan kos sara hidup tinggi, dan ini akan bantu mereka.
Berkenaan isu kos sara hidup, Saifuddin berkata isu ini perlu diberi perhatian segera dan kerajaan mengalu-alukan segala bentuk bantuan, termasuk dari pembangkang.
“Pembangkang boleh berikan pandangan, dan kita sedia mendengar jika ianya konstruktif dan membantu rakyat.” – 15 Februari, 2019.
Komen