Polis Argentina tembak mati burung merpati cuba seludup dadah ke penjara


Merpati terlatih yang menyeludup masuk dadah ke penjara di Argentina menjadi masalah besar yang menghalang pihak berkuasa menghapuskan penggunaan dadah dalam penjara. – Gambar EPA, 3 September, 2017.

POLIS Argentina menembak mati seekor burung merpati yang digunakan untuk menyeludup dadah ke penjara, kata pihak berkuasa penjara.

Burung itu dikesan terbang masuk ke dalam kawasan penjara di Santa Rosa, tengah Argentina, kata sumber Perkhidmatan Penjara Persekutuan.

Pegawai penjara yang melihatnya kemudian melepaskan tembakan yang mengenai burung itu dan menemui sebungkus plastik mengandungi pil dan ganja.

Pada 2013, perkhidmatan penjara melaporkan yang pengedar dadah menggunakan burung merpati terlatih yang boleh menghantar bekalan dadah sehingga 15 kali sehari ke dalam penjara.

Dalam kes terbaru itu, penyeludup cuba mengaburi pihak berkuasa dengan meletakkan burung merpati terlatih itu bersama sekumpulan burung merpati yang dilepaskan sempena festival burung merpati kawasan itu. – AFP, 3 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen