Zakaria Hanapi calon BN di Semenyih 


SM Amin

Calon BN bagi PRK DUN Semenyih Zakaria Hanapi (tengah) bersama Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan (kanan) ketika membuat pengumuman calon BN di Dataran Mohd Said, di Semenyih hari ini.– Gambar The Malaysian Insight Afif Abd Halim, 14 Februari, 2019.

BARISAN Nasional (BN) meletakkan pemimpin akar umbi Umno sebagai calon PRK DUN Semenyih iaitu Pengerusi Tetap Umno Cawangan Kg Sasapan Kelubi, Zakaria Hanapi.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan ketika membuat pengumuman itu berkata pemilihan tersebut dibuat berdasarkan faktor anak tempatan dan mesra masyarakat.

“Calon Parlimen perlu ada kepakaran tetapi untuk calon DUN kita tidak perlu orang yang ada sijil berjela tetapi yang sentiasa bersama dengan rakyat.

“Setelah menilai dan pertimbangkan, saya dan rakan-rakan memutuskan calon kita Zakaria Hanapi,” katanya ketika membuat pengumuman calon BN di Dataran Mohd Said, di Semenyih hari ini. – 14 Februari, 2019

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen