DI saat 47 rakyat Malaysia terus dipenjarakan di Kemboja kerana disyaki terbabit dalam kegiatan perjudian haram dalam talian Malaysia-China, ahli-ahli politik Sarawak saling berebut untuk membebaskan mereka.
Ahli Parlimen Julau Larry Sng akan terbang ke Siam Reap esok bersama beberapa orang ibu bapa mangsa dan wartawan terpilih.
Dari Siam Reap, mereka akan ke pekan Poipet yang terletak di sempadan Thailand-Kemboja melalui jalan darat. Seramai 44 orang dari Sarawak dan tiga dari Sabah ditahan di penjara wilayah Banteay Meanchey di Poipet.
Poipet dikatakan pusat perjudian Kemboja.
Khamis lalu Sng mengadakan sidang media di Kuching berkenaa 47 rakyat yang ditahan itu.
Mereka yang ditahan itu katanya, dalah dari keluarga miskin dan ditahan tanpa dibicarakan. Malah Kedutaan Malaysia di Phnom Penh juga tidak diberi notis makluman.
Bagaimanapun, Kementerian Luar kemudian mengesahkan yang Kedutaan Malaysia telah dimaklumkan berhubung penahanan itu pada 28 Disember.
Semalam, Sng mendedahkan beliau sedang berbincang dengan Jabatan Imigresen untuk memberi kebenaran sementara kepada beberapa ahli keluarga mangsa yang dihalang meninggalkan negara atas “masalah insolvensi”, mengikutinya ke Kemboja.
Dalam kenyataannya semalam, Sng berkata saudara kepada salah seorang tahanan, yang dikenali sebagai “Uncle Azra”, telah berjaya bertemu tahanan di penjara.
Sng berkata Uncle Azra melawat bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja, Oknha Othsman Hassan. – 12 Februari, 2019.
Komen