Kematian meningkat di Myanmar, 38,000 Rohingya lari ke Bangladesh


Laporan penghapusan etnik dan pembakaran kampung secara sistematik oleh pasukan keselamatan – dan juga militan – menambahkan lagi ketegangan, serta meningkatkan kebimbangan berikutan kekejaman di Rakhine berterusan tanpa dapat dikawal. – Gambar AFP, 2 September, 2017.

KIRA-KIRA 400 orang – kebanyakannya umat Islam Rohingya – maut dalam kekejaman yang menular di negeri Rakhine, kata pegawai tentera pada Jumaat, dengan ratusan ribu lagi terpaksa melarikan diri merentas sempadan ke Bangladesh.

20,000 lagi pelarian etnik Rohingya bersesak di sempadan Bangladesh dan dihalang memasuki Asia Selatan, manakala ramai lagi yang terdesak dilaporkan mati lemas ketika cuba menyeberangi sempadan Naf, yang terpisah dengan sungai.

Laporan penghapusan etnik dan pembakaran kampung secara sistematik oleh pasukan keselamatan – dan juga militan – menambahkan lagi ketegangan, serta meningkatkan kebimbangan berikutan kekejaman di Rakhine berterusan tanpa dapat dikawal.

Pejabat Pegawai Pemerintah Tentera Min Aung Hlaing pada Jumaat memberikan perkembangan jumlah kematian serta menyenaraikaan butiran insurgensi yang meningkat dengan drastik.

“Setakat 30 Ogos lalu, sejumlah besar pengganas dengan 52 gelombang serangan ke atas pasukan keselamatan…dalam serangan itu, 370 mayat pengganas ditemui dan sembilan orang ditangkap hidup-hidup,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasminya.

Lima belas orang anggota pasukan keselamatan dan 14 orang awam turut terkorban dalam pertempuran yang berlarutan selama lapan hari itu, tambahnya.

Tidak dapat dipastikan sama ada kematian 78 orang militan yang terbunuh dalam serangan yang dilancarkan ke atas pondok polis awal pagi Jumaat lalu termasuk dalam angka terbabit.

Ia merupakan pertumpahan darah paling dahsyat dalam krisis yang belarutan sejak lima tahun lalu yang mencetuskan kemarahan antarabangsa terhadap tentera Myanmar dan kerajaan Aung San Suu Kyi.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 38,000 etnik Rohingya tiba di Bangladesh di mana ada antara mereka menggunakan jalan darat dan yang lainnya menyeberangi sempadan Sungai Naf.

Kumpulan hak asasi manusia menganggarkan jumlah kematian adalah jauh lebih tinggi.

Mereka mendakwa pembunuhan dilakukan ke atas etnik Rohingya di perkampungan terpencil oleh tentera Myanmar dan juga pelampau Buddha Rakhine.

Fortufy Right yang merupakan sebuah NGO memfokuskan kepada isu di Myanmar berkata, saksi mendakwa puak pelampau agama bertindak menembak dan menetak penduduk kampung Rohingya – termasuk kanak-kanak- dalam pembunuhan lima jam di perkampungan Chut Pyin di pekan Rathedaung pada petang Ahad.

Tuduhan itu bagaimanapun tidak dapat dipastikan oleh AFP kesahihannya berikutan kawasan terlibat tidak dibenarkan masuk kepada wartawan.

Namun dalam situasi kompleks di mana kedua-dua pihak cuba menafikan dan membuat dakwaan, jumlah kematian terus meningkat dan banyak pihak menuduh tentera Myanmar menjadi dalang tersebarnya pembunuhan dan kekejaman itu.

Seorang wanita Rohingya dari Kyet Yoe Pyin berkata dia melihat sendiri tentera dan pelampau Buddha merogol dan membunuh orang Islam di kampungnya hujung minggu lalu.

“Mereka tanpa belas kasihan menyembelih lelaki, wanita dan kanak-kanak,” katanya kepada AFP menerusi perbualan telefon dari Cox Bazaar di Bangladesh selepas melarikan diri. Dakwaan itu bagaimanapun tidak dapat disahkan oleh AFP.

Mayat dalam air

Terdesak untuk masuk ke Bangladesh, ribuan etnik Rohingya mengambil bot – atau berpaut kepada apa-apa sahaja yang boleh terapung –  dalam usaha untuk menyeberangi Sungai Naf yang memisahkan dua negara itu.

Namun yang lain maut dalam cubaan menyelamatkan diri itu.

Sebanyak 18 mayat dihanyutkan ke kawasan pantai Bangladesh pada Jumaat menurut pihak berkuasa sempadan negara itu, meningkatkan jumlah kematian kepada 41 orang sejak dua hari lalu.

Lebih 400 masyarakat Hindu dari Rakhine turut menyeberangi sempadan ke Bangladesh, selepas lelaki bersenjata menyerang perkampungan mereka, membunuh dan menjarah.

Ini merupakan kali pertama kekejaman di negeri Rakhine membabitkan orang beragama Hindu – yang menandakan keganasan semakin memuncak.

Ribuan penduduk Buddha Rakhinee serta etnik lain meninggalkan kediaman masing-masing kerana menjadi sasaran militan yang bertempur di bawah panji Arakan Rohingya Salvaton Army (ARSA).

Keganasan terbaru tercetus pada Jumaat lau di mana militan Rohingya bertindak menyerang post polis membunuh 15 anggota dan membakar kampung.

Pasukan keselamatan Myanmar tekah melancarkan operasi “penghapusan” untuk menghapuskan pemberontak yang semakin berkembang berikutan mempengaruhi lelaki dari kampung Rohingya menyertai mereka.  

Wartawan AFP yang mengikuti rombonga pasukan kerajaan ke Maungdaw minggu ini melihat beberapa jaluran asap berkepul di udara daripada beberapa buah perkampungan yang dibakar, manakala penduduk Buddha dan Hindu yang ketakutan bersembunyi di sekolah di tengah pekan.

Amerika Syaarikat pada Khamis menggesa pihak tentera untuk melindungi orang awam manakala wakil PBB bagi hak asasi manusia di Myanmar Yanghee Lee menyuarakan kebimbangan akan berlaku perlanggaran hak asasi.

“Perkembangan keganasan mencetuskan kebimbangan dan ia perlu dipecahkan secara perlahan-lahan,” katanya.

Pergolakan agama di Rakhine tercetus sejak 2012 apabila tercetusnya rusuhan yang membunuh ramai etnik Rohingya dan memaksa ratusan ribu orang – majoritinya adalah orang Islam minoriti – ditempatkan di kem sementara.

ARSA muncul dan menyerang pihak berkuasa bermula pada Oktober tahun lalu apabila mereka serangan mereka menyebabkan anggota polis di sempadann terbunuh, hingga memaksa operasi pemburuan dijalankan pasukan keselamatan hingga ramai yang terbunuh dan memaksa 80,000 etnik Rohingya lari ke Bangladesh.

Etnik Rohingya yang dianggarkan berjumlah 1 juta penduduk dituduh sebagai pendatang tanpa izin dari Bangladesh.

 Bangadesh sudah menempatkan 400,000 pelarian Rohingya dan enggan lagi menerima yang lain. – AFP, 2 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Wahai Malaysia yg baharu sambut Merdeka, dimanakah nalurimu sebagai sebuah negara yang berprinsip dan tegas dalam memperjuangkan hak asasi manusia. Rakyat Rohingya mati dibunuh di siang hari, dimana Malaysia? Tiada guna konsenses Asean jika 10 negara duduk diam tanpa berbuat apa2. Wisma Putar tido siang malam, apa fungsi diplomatiknya jika Duta pun tak dipanggil balik sbg satu teguran tegas kepada penindas Rakyat Rohingya yg tidak berdosa.

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Jimmy Jimmy · Ulasan