Penyerang Everton, Wayne Rooney ditahan polis atas dakwaan memandu dalam keadaan mabuk, lapor BBC.
Pemegang rekod penjaring gol terbanyak England itu ditahan polis dekat rumahnya di Cheshire pada malam Jumaat.
Rooney, 31, mengumumkan persaraannya minggu lalu, selepas menyumbang 53 gol untuk England sepanjang 119 kali skuad itu.
Dia menyertai semula kelab Everton dan menjaring masing-masing satu gol dalam dua perlawanan pembukaan Liga Perdana.
Menurut BBC, polis Cheshire enggan mengulas dan Everton juga tidak memberi sebarang maklum balas.– Agensi, 1 September, 2017.
Komen