Kawalan jemaah diperketat ketika melontar di Mina


Arab Saudi berkata, pihaknya mengerahkan lebih 100,000 anggota keselamatan bagi menjaga jemaah haji tahun ini.– Gambar AFP, 1 September, 2017.

DUA juta umat Islam dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam melontar jamrah pada Jumaat sebagai salah satu hukum dalam mengerjakan ibadah Haji di Arab Saudi dengan kawalan keselamatan diperketat selepas tragedi rempuhan dua tahun berturut turut sebelum ini.

Ibadah yang berlangsung di Jambatan Jamarat di Mina berdekatan Makkah menandakan berakhirnya ibadah haji dalam masa lima hari yang mesti ditunaikan umat Islam sekiranya berkemampuan.

Tragedi rempuhan di Mina pada 2015 mengorbankan 2,300 nyawa – tragedi paling buruk dalam sejarah haji.

Kerajaan Arab Saudi berkata, pihaknya mengerahkan lebih 100,000 anggota keselamatan bagi menjaga jemaah haji tahun ini.

Kumpulan besar jemaah mengambil bahagian dalam melontar di bawah pemantauan ketat dan dilingkungi garisan polis bagi memastikan kelancaran perjalanan para jemaah.

Kamera pemantauan turut dipasang di merata-rata tempat ditambah pula dengan kawalan dari udara oleh helikopter pasukan keselamatan.

Sejak 2004 kawasan sekelilihn tempat melontar diletakkan dinding bagi membantu jemaah yang dalam bilangan besar.

Pasukan keselamatan turut menyembur percikan air ke arah jemaah bagi memastikan mereka sentiasa sejuk di bawah terik matahari.

Pada jam 8 pagi, jemaah sudah tiba untuk mengambil payung masing-masing kerana suhu meningkat atas 30 darjah celsius.

“Dua jemaah pengsan di hadapan saya pagi ini,’ kata sukarelawan di Mina yang berasal dari Pakistan, Almas Khattak.

Bayangan tragedi yang berlaku pada 2015 itu masih lagi menghantui pada kawasan itu. – AFP, 1 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen