MCA yakin sokongan Cina akan beralih kepada BN


Andrew Chin

Presiden MCA, Wee Ka Siong berkata semakin ramai yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan Pakatan Harapan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Februari, 2019.

WALAUPUN berjaya memperoleh undi etnik Cina untuk Ramli Mohd Nor, calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highland baru-baru ini, sokongan daripada masyarakat Cina masih kecil, akui Presiden MCA Wee Ka Siong.

Analisis pasca pilihan raya yang dilakukan oleh parti berhubung corak pengundian menunjukkan BN mendapat lebih 1,000 undi Cina, tetapi angka itu memberi isyarat “hanya peralihan marginal”, katanya.

Walaupun keputusan itu dilihat tidak menggalakkan, Wee berkata ia masih terlalu awal bagi parti itu mengharapkan para pengundi Cina menukar sokongan mereka kepada BN, kurang setahun selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Ia mustahil dilakukan dalam masa beberapa bulan, jadi MCA mesti sabar dan mengorak langkah satu demi satu.

“MCA mempunyai masa,” katanya kepada The Malaysian Insight.

MCA mengalami kekalahan teruk pada PRU14, yang hanya berjaya mengekalkan majoriti tipis, satu kerusi Parlimen iaitu kerusi Wee bagi Ayer Hitam di Johor.

Sokongan Cina terhadap Pakatan Harapan (PH) meningkat pada PRK yang diadakan bulan lalu, tetapi Wee berkata kenaikan itu mungkin disebabkan calon DAP, M Manogaran pernah mewakili pemilik tanah Cina di Cameron Highlands dalam pertikaian berhubung tanah sebelumnya.

Beliau menafikan pertambahan ini sebagai tanda sokongan kepada PH, dan mengatakan rakyat semakin kecewa dengan kerajaan baharu.

“Terdapat banyak rasa tidak puas hati. Orang ramai sangat tidak berpuas hati. Terlalu banyak membuat pusing ‘U’ yang tidak boleh diabaikan kerajaan.”

Dalam pertandingan empat penjuru, Ramli meraih 12,038 undi berbanding 8,800 undi diperoleh Manogaran untuk menang dengan majoriti 3,238 undi.

Dua lagi calon bebas, Sallehudin Abd Talib (314) dan Wong Seng Yee (276) hilang wang deposit.

Wee berkata parti itu akan terus bekerjasama dengan Ramli untuk bertindak sebagai jambatan menghubungkan Ahli Parlimen yang baharu dipilih, orang baharu dalam politik dengan pengundi Cina di Cameron Highlands.

“Beliau tidak boleh melakukannya sendirian,” katanya.

Tetapi dengan sokongan Cina masih di tangan PH, buat masa sekarang MCA perlu menjalankan peranan sebagai pemantau kerajaan dan melakukan semak dan imbang

“Hanya melalui cara ini rakyat lambat-laun akan melihat keikhlasan kita.” – 9 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Talk is cheap! Just prove it! I said it before the GE14 in the Malaysia Today:

    Tengku Putra Haron Aminurrashid also alleged that MCA was not doing work to pull in the support of the Chinese community for BN.

    MCA doesnt have to worry about statements made by Umno leaders that might hurt the feelings of the Chinese and affect BNs performance in the coming elections. Instead, they might do better by getting off their backsides and start contributing to the preparations of the BN machinery.

    In Johor, MCA was the only party that didnt submit their numbers from their groundwork to the state BN for analysis. Instead, they kept on giving positive percentages plucked from the sky without justification, the Umno leader claimed.

    https://www.malaysia-today.net/2018/03/01/johor-mca-leaders-rubbish-kempas-reps-accusations/

    Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh Tengku Putra Jumat · Ulasan