KKM sangkal dakwaan tangguh rawatan untuk deposit ke atas warga Singapura


Dr Noor Hisham Abdullah berkatapesakit terbabit dirujuk kepada pasukan pakar neurosurgeri dan menjalankan langkah awal rawatan tanpa sebarang permintaan bayaran deposit. – Gambar Kementerian Kesihatan Malaysia, 1 September, 2017.

KELUARGA warga Singapura yang meninggal dunia memohon ahli keluarganya itu dikeluarkan dari hospital atas risiko sendiri untuk menyambung rawatan di hospital di Singapura selepas memahami risiko yang dihadapi sekiranya menangguhkan rawatan kecederaan yang dialami, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan menafikan dakwaan penangguhan atau meminta bayaran sebelum memberi rawatan.

KKM dalam satu kenyataan hari ini berkata pesakit terbabit dirujuk kepada pasukan pakar neurosurgeri dan menjalankan langkah awal rawatan tanpa sebarang permintaan bayaran deposit.

“Selepas itu ahli keluarga pesakit terbabit tiba, dan hanya ketika itu mereka diminta meneruskan dengan bayaran untuk pengimejan berjumlah RM2,675.

“Bagaimanapun ahli keluarga pesakit memilih untuk discaj atas risiko sendiri dan mengatur urusan kemasukan ke hospita di Singapura selepas memahami risiko membabitkan penangguhan pembedahan itu,” kata Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan sebagai maklum balas terhadap artikel yang disiarkan theindipendent.sg yang mendakwa berlaku penangguhan rawatan terhadap pesakit warga Singapura hingga meninggal dunia.

Justin Tan yang merupakan warga Singapura berusia 25 tahun meninggal dunia selepas terbabit dalam insiden langgar lari di Johor Bahru minggu lalu. Rakan dan keluarganya mendakwa phak berkuasa lambat memberi respond dan Hospital Sultanah Aminah menyekat rawatan sehingga bayaran dibuat.

 Noor Hisham turut menyangkal dakwaan ambulans mengambil masa 30 minit untuk memberi respond sedangkan rekod menunjukkan ia dihantar ke lokasi kurang dua minit selepas menerima panggilan kecemasan.

“Panggilan kecemasan dibuat pada jam 2.57 minit pagi pada 25 Ogos dan ambulans meninggalkan hospita pada 2.59 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada jam 3.10 minit pagi. Ia meninggalkan lokasi pada jam 3.15 pagi,” katanya.

Beliau turut menjelaskan Tan dimasukkan ke Zon Merah di hospital itu dan protokol “Advanced Trauma Life Support” (ATLS) diteruskan pasukan ambulans sejak awal.

Menurut Noor Hisham, jabatan kecemasan turut menjalankan rawatan pengimejan (x-ray utama, CT-Scan pada otak, servik dan torak) dan dirujuk kepada pasukan perubatan yag relevan dalam keadaan segera dan profesional tanpa meminta sebarang bayaran deposit kerana ia kes kecemasan. Semua ini dilakukaan selaras dengan polisi KKM bermula Mac 2015 hospital di bawah KKM mengenakan bayaran ke atas warga asing.

“KKM sentiasa menghargai nyawa dan akan cuba sedaya upaya untuk merawat pesakit tanpa mengira latar belakang dan kewarganegaraan,” kata Noor Hisham. –  1 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen