Apple dijangka umum model baharu iPhone bulan ini


APPLE dijangka akan mengumumkan model baru iPhone pada 12 September ini, dalam satu acara yang bakal berlangsung di Panggung Steve Jobs di Lembah Silikon, San Francisco.

Apple semalam mengeluarkan kad jemputan yang hanya menyatakan tarikh, masa dan tempat dengan pesanan: “Ayuh, berjumpa di tempat kami.”

Majlis itu dinanti-nantikan kerana menandakan ulang tahun ke-10 telefon pintar yang mengubah kehidupan manusia abad moden.

Agensi berita AFP melaporkan, Apple enggan mengulas sebarang spekulasi termasuk desas desus ia akan mengumumkan tiga model baru iPhone, dengan model premium yang dijangka dijual pada harga lebih kurang RM4,000. – Agensi, 1 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen