Besar sangatkah permintaan seorang ibu mahu bertemu anaknya?


Mustafa K. Anuar

DALAM ucapan Tahun Baharu Cina baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan rakyat Malaysia tentang kepentingan institusi keluarga.

Katanya, nilai saling menghormati dan mengukuhkan ikatan kekeluargaan adalah paling penting terutamanya dalam menjaga golongan ibu bapa.

Namun kepentingan ikatan hubungan terutamanya antara ibu dan anak bermula dari hari pertama, dan tiada siapa tahu tentang perkara ini berbanding penderitaan yang dialami oleh bekas guru tadika Indira Gandhi yang kehilangan anak perempuannya, Prasana Diksa.

Pasana diculik oleh bekas suami Indira, K. Pathmanathan kira-kira sembilan tahun lalu selepas lelaki itu memeluk Islam.

Ia menjadi dugaan yang tidak berkesudahan buat Indira yang menderita untuk menunggu kepulangan anak perempuannya. Satu perkara yang pasti, Indira kehilangan sentuhan kasih sayang untuk membesarkan anaknya dan juga hilang peluang menyambut hari lahir Prasana.

Lebih malang lagi buat Indira, beliau kini hilang pekerjaan dan mudah terganggu kerana pusat tadika tempatnya mengajar sudah ditutup.

Bekas suaminya yang kini menggunakan nama Muhammad Riduan Abdullah, masih gagal dikesan dan ditahan oleh pihak berkuasa.

Kes penculikan kanak-kanak itu dianggap kesalahan serius terutamanya selepas Indira diberi hak penjagaan dan kemudiaannya Mahkamah Persekutuan memutuskan pertukaran agama tiga anak mereka termasuk yang anak bongsu, sebagai tidak sah dan terbatal. Dalam kata mudah, tindakan Riduan melanggar undang-undang.

Namun kalangan masyarakat Melayu-Islam terutamanya Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menegaskan bahawa bapa dan anak perempuannya itu tidak perlu diburu kerana bimbang kanak-kanak tersebut mungkin diarahkan untuk meninggalkan kepercayaan Islam.

PUM juga menyatakan bahawa jika mereka berdua ditahan pihak berkuasa ia akan mencetuskan keganasan agama. Ini merupakan ugutan yang serius.

Bagaimanapun Indira memberi jaminan bahawa beliau tidak akan cuba menukar kepercayaan agama anaknya. Beliau hanya mahu bertemu semula dengan Prasana kesayangannya.

Namun amat mengejutkan apabila masyarakat Islam memberi reaksi ancaman keganasan terhadap harapan ibu malang itu untuk bertemu anaknya semula.

Tambahan pula, kes ini mungkin menghantar isyarat yang salah kepada golongan bapa lain yang mungkin memutuskan untuk melarikan diri dengan anak-anak mereka dan mungkin pada masa yang sama menukar kepercayaan mereka masing-masing.

Beberapa mekanisme perlu dilaksanakan untuk menangani keluhan Indira secepat mungkin. Jika tidak, beliau terpaksa terus menanggung segala ketidakadilan dan penderitaan.

Jika kesnya masih tidak diselesaikan, undang-undang kita akan terus dipertikaikan.

Harus diingatkan bahawa Islam mengajar tentang kepentingan ikatan keluarga. Malah kanak-kanak yang mengahwini seseorang daripada agama orang tuanya tidak boleh memutuskan hubungan keluarga, sebaliknya perlu menjaga dan menghayati persaudaraan keluarga.

Islam juga mengajar para pengikutnya untuk mempunyai belas kasihan, keadilan dan kasih sayang dalam hubungan sesama manusia.

Indira hanya mahu kembali bersatu bersama anak perempuan kesayangannya, Prasana.

Adakah benar kita hidup dalam ‘Malaysia Baharu’ jika permintaan seorang ibu untuk bertemu anaknya sukar dipenuhi? – 5 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen