SYRIA mengutip tiga mata penuh setelah berjaya mengalahkan Qatar 3-1 pada perlawanan peringkat kumpulan A, Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka malam ini.
Syria bermula garang apabila penyerang berbisanya Omar Khribin membuka jaringan seawal minit ketujuh perlawanan.
Kelekaan pada barisan pertahanan Syria membuka peluang kepada pasukan Qatar menyamakan kedudukan 1-1 menerusi jaringan di dalam kotak penalti yang dihasilkan oleh pemain tengah, Ali Asadalla pada minit ke-35.
Bersambung pada babak kedua perlawanan, Syria bangkit menambah jaringan menerusi Omar Khribin pada minit ke-54.
Skuad bimbingan jurulatih, Aymen Hakeem terus mengasak gawang gol Qatar, namun sepakan penalti yang dilakukan oleh Omar Alsoma pada minit ke-60 berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Qatar, Saad Al-Sheeb.
Syria terus menghukum pasukan pelawat menerusi gol kemenangan yang dijaringkan oleh Mahmoud Al-Mawas pada minit terakhir masa tambahan.
Selepas lapan perlawanan Syiria kini menduduki tempat keempat daripada enam pasukan dalam Kumpulan A dengan mengumpul sebanyak sembilan mata.
Iran mengungguli kumpulan A dengan mengumpul sebanyak 20 mata.
Pada perlawananan berikutnya Syria akan beraksi menentang Iran di Stadium Azadi, Tehran, Iran pada 5 September, Manakala Qatar pula dijadualkan menentang China di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha, Qatar pada tarikh yang sama. – Bernama, 31 Ogos, 2017.
Komen