SEORANG warga Amerika yang menyifatkan dirinya sebagai “anti vaksin #1 dunia” dihalang memasuki Australia, kata pegawai pada hari ini dalam usaha untuk menyekat gerakan anti vaksinisasi selepas wabak penyakit meletus.
Kent Heckenlively mempunyai rancangan untuk melawat Australia pada Disember depan sebagai sebahagian daripada jelajah “Dangerous Science” serta mempromosi buku dan usahanya untuk mendesak pelaksanaan moratorium lima tahun kepada vaksinisasi kanak-kanak di AS.
Rancangan lawatannya itu berlaku ketika Canberra sedang berusaha meningkatkan kadar vaksinisasi kanak-kanak termasuklah pengenalan undang-undang “tiada suntikan, tiada bayaran” untuk menghalang ibu bapa yang enggan memvaksinkan anak mereka daripada menerima beberapa bantuan kerajaan.
Menteri Imigrisen Peter Dutton berkata Heckenlively akan dihalang daripada memasuki negara berkenaan.
“Kent tidak akan mempunyai rancangan melawat Australia kerana kita akan menghalangnya masuk,” katanya pada satu rancangan di stesyen radio Sydney, 2GB.
“Mereka yang mempengaruhi ibu bapa supaya tidak memvaksin anak mereka adalah orang merbahaya…jelas bagi saya kedatangannya tidak memberi faedah kepada kepentingan negara.”
Menteri Perkhidmatan Sosial Australia, Christian Porter dalam satu kenyataan tahun lepas mengatakan kadar vaksinisasi kanak-kanak meningkat selepas pengenalan undang-undang “tiada suntikan, tiada bayaran” itu.
Lebih daripada 5,7000 kanak-kanak yang sebelum ini tidak divaksinkan mula menjalani program imunisasi selepas ibu bapa mereka melakukannya untuk mendapatkan faedah kebajikan kanak-kanak.
Kadar vaksinisasi untuk kanak-kanak beumur setahun hingga lima tahun di Australia mencecah lebih 90%.
Pergerakan anti vaksin yang bermula menyebabkan peningkatan mendadak kes campak kanak-kanak, penyakit yang boleh dihalang melalui vaksin di beberapa negara Eropah dan AS. – AFP, 31 Ogos, 2017.
Komen