KETUA Menteri Sarawak Abang Johari Openg berkata beliau akan menyemak semula cadangan untuk negeri itu memiliki “syarikat penerbangan kecilnya” sendiri kerana beliau “masih belum berpuas hati” dengan perhubungan udara di Sarawak.
Beliau berkata walaupun terdapat beberapa penerbangan asing ke Kuching, selain syarikat penerbangan domestik AirAsia dan Malaysia Airlines, ia tidak menyelesaikan masalah perhubungan udara di negeri itu.
Pelancong lebih memilih masa perjalanan yang singkat dan penerbangan tanpa transit, kata Abang Johari selepas melancarkan pesawat Airbus A320 AirAsia dengan kempen Melawat Sarawak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching hari ini.
Abang Johari berkata, ketika beliau memegang jawatan menteri pelancongan negeri, mula mencadangkan syairkat penerbangan itu pada 2015, iaitu rancangan melibatkan kerajaan Sabah dan Sarawak membeli pesawat Malaysia Airlines di negeri itu, MASwings.
MASwings menjalankan operasi Perkhidmatan Udara Pedalaman di Sabah dan Sarawak.
Dua kerajaan negeri berkenaan juga merancang untuk memperkenalkan laluan “point-to-point” ke bandaraya di Asean seperti Bangkok, Ho Chi Minh, Jakarta, Bali, Manila dan bandar di selatan China seperti Shenzen.
Abang Johari berkata walaupun MAS berada dalam keadaan kewangan yang mengecewakan, pemegang saham utamanya, Khazanah Nasional, enggan menjual syarikat penerbangan serantau kerana bimbang dengan persaingan.
Kedua-dua kerajaan kemudiannya meninggalkan rancangan itu pada tahun 2017.
Dalam mengumumkan pelupusan pelan itu, Abang Johari berkata bahawa kedua-dua kerajaan telah membuat rundingan pembelian dengan Malaysia Airlines tetapi, walaupun dengan usaha terbaik mereka, perjanjian itu tidak dapat direalisasikan.
“Ia adalah hasrat kami untuk mengambil alih MASwings, tetapi kerana mereka (MAS) menjadikannya sukar, kami akan melupakannya,” katanya ketika itu. – 2 Februari, 2019
Berita penuh di sini.
Komen