PEMINAT dan rakan Puteri Wales, Diana dikenang sempena ulang tahun kematiannya ke-20 pada hari ini dengan ramai menyalakan lilin dan memberi penghormatan dalam suasana suram mengenang kemalangan kereta yang menyebabkan kematiannya.
Dua anaknya, Putera William dan Harry semalam mengucapkan terima kasih kepada semua yang datang membawa bunga dan meletakkannya di pintu pagar Istana Kensington London, kediaman di mana mereka membesar bersama bonda mereka.
Dan selepas tengah malam di Paris, ada juga yang berani menyalakan lilin di terowong Pont de l’Alma, lokasi di mana dua dekad lalu, kereta dinaikinya terbabas melanggar tiang, meragut nyawa wanita paling terkenal di dunia itu.
Diana seorang yang “revolusioner”, kata Sian Croston, 17, pelajar dari London.
“Puteri Diana mengubah keluarga diraja selamanya dan berada di hati rakyat,” katanya.
Kemalangan itu berlaku kira-kira 12.23 tengah malam 31 Ogos, 1997.
Diana terbunuh bersama Dodi Fayed, teman lelakinya yang juga jutawan Mesir, bersama pemandu mereka Henri Paul, yang cuba mengelak paparazi.
Selepas 20 tahun, beribu kuntum bunga dan gambar puteri itu diletakkan di Flame of Liberty oleh peminatnya. – AFP, 31 Ogos, 2017.
Komen