Bersih rekod 23 kesalahan pilihan raya di Cameron Highlands


Christopher Rabin

Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Bersih, Thomas Fann mencadangkan pihak polis mengambil tindakan terhadap mereka yang menggunakan isu perkauman. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 31 Januari, 2019.

BERSIH 2.0 merekodkan 23 kes kesalahan pilihan raya sepanjang pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands, dengan yang paling membimbangkan perkara melibatkan penggunaan perkauman dan agama untuk menarik undi, kata pengerusi jawatankuasa pemandunya Thomas Fann.

Perbuatan mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama dilakukan sebanyak empat kali sepanjang kempen dua minggu - sekali oleh Barisan Nasional, dua kali oleh PAS dan sekali oleh individu tidak dikenali menggunakan risalah.

Risalah itu mengaitkan calon Pakatan Harapan M. Manogaran dengan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Thomas menyeru polis mengambil tindakan undang-undang untuk menangani ucapan perkauman dan kebencian.

“Mereka yang menggunakan agama untuk mewujudkan kebencian harus sedar ia juga termasuk dalam Kanun Keseksaan.

“Polis harus menunjukkan mereka bersikap adil dan mengambil tindakan terhadap isu perkauman,” kata beliau pada sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

Berdasarkan parti, BN melakukan kesalahan paling banyak iaitu 14, PH lima, PAS 2, dan dua lagi oleh individu tidak dikenali.

Calon Bebas Sallehuddin Ab Talib dan Wong Seng Yee tidak dilihat melakukan sebarang kesalahan. – 31 Januari, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen